CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 December 2011

Kronologi Sebuah Bahasa Arab


Itu hari aku ade exam arab untuk mid mustawa (level). Ala-ala exam arab tinggi waktu spm dulu-dulu tu. Ape? Kau dah lupe? Dapat A+ takkan dah lupa kot. Lainla aku nih, dapat A pun dah kira cukup cukup bersyukur dah. Waktu sekolah dulu, aku selalu pikir kenapa la aku kena belajar bahasa arab ni. Tak cukup dengan arab komunikasi time pmr, continue pulak dengan arab tinggi masa spm. Aku sebenarnya tak pernah terpikir pun nak belajar bahasa arab. Nak nak pulak dengar orang cakap yang bahasa arab ni one of the toughest language in the world. Tapi dah namanye sekolah agama, wajibulghunnah la kena ambik bahasa arab. Aku ingat lagi waktu pmr, dengan semangat waja penuh keazaman aku cakap kat diri aku sendiri aku taknak ambik dah bahasa arab. Cukuplah setakat arab komunikasi tu je. Takde arab tinggi pun aku boleh hidup, since ianya bukan one of source of oxygen.

food served after program best kat Misrturk haritu.

Tapi semangat tu sudah terkubur bila aku terpaksa jugak ambik arab tinggi sebab aku tak mau pindah sekolah lain. Aku punya sayang kat sekolah jangan cite ah, sampai to the extent kalau orang intebiu tanya sape student sekolah ni yang paling sayang kat sekolah ni, ye orangnya tak lain dan tak bukan hanyalah aku. Ok ini memang HIPERBOLA gila. Dari segi struktur soalan pun terdapat unsur bida’ah.

Lagi-lagi bila cikgu dok bizi brainwash cakap budak cemerlang, gemilang, terbilang pmr tak payah ngada-ngada nak pindah sekolah lain. Bila dah berjaya kat sekolah ni, mulalah nak pindah keluar pergi harumkan nama sekolah lain. Padahal semua tu hasil usaha penat lelah cikgu sekolah lama. Ape salahnya, stay je kat sekolah lama. No harm pun kan. Ye aku tau maybe ade orang tu dia nak move to a better school macam KISAS, SBPI, SASER and so on. No offence. After spm, lagi sekali aku bikin azam, tak nak ambik course yang melibatkan bahasa arab. Kalau boleh, taknak langsung tengok muka, kaki, badan bahasa arab. Kalau nampak dia nak lari lintang-pukang sampai dia semput nak kejar lepastu aku bergelak ketawa sebab akhirnya mission impossible berjaya dicapai oleh not-so-kim-possible. Ok setop merepek cik kiah.

Kau tak tau betapa azabnya aku belajar arab tinggi, masa form4 clueless toksah cakap la. Kalau buat essay, memang nahu tunggang terbalik. Waktu form5 better, lagi-lagi ustazah katty (nickname ustazah khatijah) yang comel lote itu yang ajar bahasa arab. Dia ajar memang tahap tip top best weh. Aku yang clueless boleh bertukar wajah terus jadi clueful (new word haha) tapi tak pernah merasa dapat A pun. Seingat aku dapat B pun cuma sekali seusia hidup. The rest is history. Takyah cakap pun orang dah dapat agak dah. Bak kata orang, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Tetiba terasa diri saling tak tumpah macam karam singh walia.

But what happen to me now is the other way around. I’m stucked in a place called Alexandria. Specifically, in Egypt, as if you don’t bother to know as I’m already expected that. Dah trang tang tang lagi nama mesir, communication language ofkos la bahasa arab mak cik. And the-so-called-my-azam-get-rid-of-bahasa-arab sudah berlalu pergi meninggalkan aku terkapai-kapai sorang diri di lautan yang tak bertepi ini. Sadis sungguh hidup aku. Ye begitulah sedikit sebanyak sejarah asal-usul serta kepentingan bahasa arab dalam hidup aku sebagai sorang human being di atas muka bumi Allah ni.

So, berbalik kepada topic asal nun di atas itu, kelas arini dimulakan dengan intro ustazah yang tak berapa nak ceria gumbira ‘ana hazinah jiddan’(saya sedih sangat). Aku punya result exam alhamdulillah ok. Tak pernah pernah i’rab dapat fullmarks, membuatkan aku terasa dunia ini sungguh ajaib. But not semumtaz yang ustazah harapkan which is 50/50. Sounds not normal kan. Dah kau tak selalu dapat fullmarks memang la sounds not normal. Cuba kau selalu dapat fullmarks mesti jadik sounds cliché kan kan.


p/s : Aku tak tau i’rab tu ape dalam bahasa ibunda. Sila rujuk kepada yang pakar.