CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 August 2012

So Any Problem?


‘Hey what’s up? Any problem? Mind telling me?’

Lari dari masalah? Selalu kan kita dengar. Dan selalu jugak kita buat.

Everyone has their own problem. And everyone should handle their problem wisely. Solve it wisely. Act wisely. In short, be wise in all your actions.

'When Allah desires good for someone, He tries him with hardship' (sahih bukhari)
‘Do you think you will enter the garden, while Allah has not yet known those who strive hard from among you, and (He has not) known the patient.’ (3:142)

Bila ade masalah, rasa macam malas nak fikir panjang. Rasa nak lari jauh-jauh dari orang sekeliling. Konon, dgn lari tu masalah tu boleh selesai sendiri. Hello, masalah tu bukannya human being, dia tak boleh bertindak sendiri. Masalah tu akan keep datang menghantui selagi kita keep those unfinished business. Running away from your probs will solve nothing. You yourself have to face it.

Contoh mudah la aku kasi, kau ponteng kerja sebab kau malas tahap gaban. At the same time kau rasa bersalah (memang patut pon) dan terpaksa merangka alasan yang logik untuk bagitau bos kau. Bukannya plan nak ponteng lagi besoknya dan berakhir dengan resignation letter  which is sama dengan melarikan diri. Sampai bila kau takkan face bos kau dan masalah kau.

Mungkin contoh atas ni kedengaran tak begitu solid. Lagipun contoh ni macam serupa betul dengan someone I knew, Dia-Yang-Tak-Boleh-Disebut-Namanya. Don’t worry Voldemort has nothing to do with this. Haha.

Kesimpulannya, tak fun la hidup kalau takde masalah=tak fun la drama kalau takde watak jahat. Eh?

Sekian sahaja entri pendek kali ini. Moga bertemu di lain waktu.

Pesanan dari penaja, salam ramadhan, happy fasting, selamat berbuka puasa dan itadakimasu !

15 June 2012

Sashiburi Ne


Chester See cakap long time no see. Oguri Shun cakap sashiburi ne. Aku cakap lamanya tak membebel kat sini kahkah.

Dalam diam tak diam, sekarang dah pun bulan Jun. Kalau ikut kalendar islam, dah masuk bulan rejab dah haaa. Tak perasan lagi ke anak-anak semua? (sape pulak anak aku kat sini=.=’) Tak lama lagi, Sya’aban pulak pastu bulan yang mulia Ramadhan. Moga Allah beri kita semua peluang untuk menjadi peserta Ramadhan tahun ni. Ayuh kita warm up dulu.


My end of second year is now approaching. No more lectures, no more practicals (few hours before was our practical exam). And of course, our final exam is also approaching. And holidays balik kampung lalalala. I can’t believe 26days more to back home where my heart belongs (ade member tolong countdown haha).
Last lecture haritu ade groupmate Nigerian baca poem ke ape entah. Taktau la dia copy paste ke karang sendiri tapi semua orang memang feeling habis. Nasib baik takde orang buat adegan airmata diiringi lagu background yang sedih sedih tu.
Pastu, ade pulak sorang ikhwah group kitorang ni dok kasi plastik makanan sorang satu sempena birthday dia, kalo habis siap boleh refill lagi. Murah rezeki dia, dah la birthday dia, belanja kengkawan pulak. Sampaikan Dr. Hala yang ajar physiology tu pun boleh perasan pergerakan beg makanan tu. Sampaikan beliau pun curious dengan agenda pergerakan beg tersebut haha. That’s the things happened on last day of lectures. The weird things is I don’t even remember what happened on such a day last year.
My upcoming exam ;
23/6 : End of Semester Respiratory System module
30/6 : End of Semester CVS module
3/7 : End of Semester Epidemiology module
Mesti korang fikir budak ni tak abis-abis dgn exam dia. Well, aku kena highlight benda ni agar tiada kesempatan untuk bermalasan di kemudian hari okeh.
Till then, adios.

p/s : btw, aku dah tukar layout belog usang ini sebab terpengaruh dgn Atiqah Sahmah . Thanks to Leelou for this refreshing layout. Way better than my old dull layout that I used to have. 

10 April 2012

What Does Sem 4 Looks Like?


C.V.S
Practical: 12/4
End of Module: 21/4
End of Semester: 7/7

Epidemiology
Start: 22/4
Duration: 2 Weeks
End of Module: 7/5
End of Semester: 10/7

Respiration
Start: 8/5
Duration: 6 weeks
Practical: 20/6
End of Module: 30/6
End of Semester: 30/6

Survival Tips for Medical Student by Dr Harlina
Tip #3
"Look forward for your exams, instead of being depressed over them. Two reasons for that; first - exams are TRADEMARK of medical schools (they are here to stay!), secondly - they serve as signboards, telling you how close (or how far) you’re to the destiny. Enjoy & cherish them!"


what i say : abis je module ni terus start next module. no holiday at all :(
                  what a life. well, this is my life. (oh, i wanna go home) *airmata bercucuran


04 April 2012

That One Fine Day


Stop is never the word to look for, 
Why give up when the time has not come yet, 
Why cry when happy times were so good to be reminisced, 
Why act like a child when knowing the realities,
Reality bites and hurts,
But the reality would never change,
It’s you who going to decide,
Which road you should take,
Left or right,
A tortous one or a straight one,
The highway is still far,
Unseen until you make it clear one fine day,
That one fine day will sure come.


El-Sayeda Zainab Mosque, Cairo

p/s : kenapa entah macam malas gila nak sambung entri dulu tu. tunggulah bila encik rajin pulang ke rumah.

11 March 2012

UK Part 1 : Glimpse On London


Winter break started on 14th feb till 25th feb. Mase kitorang dah abis exam uni lain kat mesir ni dah pun start kuliah. Selalunya macam tulah. Jadual cuti berbeza. Alex uni selalunya paling lambat cuti. Tak kiralah winter break mahupun summer break. Summer break last year org lain cuti almost 3months but we only got a month and half. Kdg2 rase geram jugaklah. Kita tgh exam, kwn2 kita sibuk duk update status holiday dorang. Nasiblah kan.

So, during winter break, we planned to go to uk. Mind you, it’s not really a proper plan cause we actually plan for another trip, but that trip cancelled last minute. Mungkin Allah tak kasi kitorang pergi lagi sbb tak betul2 mentally and physically prepared. Mungkin jugak Allah nak suruh kitorang rasa lagi kuat nak pergi ke sana in the future. Ape2 pun just hoping that He would give u the best. Oops, salah tu, He SURE give u the best! ^^

Harga tiket lebih kurang 2930le (2way) by Egypt Air (mcm dah takde airline line je). Pastu merempat kat airport or specifically Burger King (tmpt tido while waiting for departure). Nasib waiter kedai tu tak halau je. Haha. Pagi besoknya, waktu nak check passport tu paling tak suka sbb pakcik tu akan belek passport lalu mendapati kitorang takde visa. Masalah biasa yg dihadapi oleh students kat Egypt. So mmg dari awal lagila prepare siap2 153le (denda). Selepas sesi bersoaljawab dgn pakcik tu, dia bagi pelepasan, tak payah bayar denda. Yelah, bukannya salah kita. Syukur.



Lebih kurang 1pm, we arrived at Heathrow Airport. A bit late actually, flight from Egypt to London usually takes 5hours. Beza masa pulak, Egypt 2hours awal dari London. Alhamdulillah dapat tunaikan solat kat airport even in a multifaith room. Then, we took tube to Victoria Station. Tube ni lebih kurang LRT. Pantas dan effisyen gitu. Malam tu naik bas ke Cardiff, 16pounds at Victoria Coach Station. Agak mahal sbb tak beli online (takde credit card). Zaman skrg semua benda guna credit card. Cepat dan murah. Bila entah Bank Misr nak maju sikit, buat credit card. Coach yg popular kat London biasenya National Express or Megabus. Kalau pergi dgn tour guide, masalah penginapan dan transportations konfem setel. Kalau pegi sendiri, kenalah pandai setelkan sendiri. Thanks to u, pakcik gugel.

Heathrow Airport yg lengang. KLIA lg lawa dan best. (tetiba rindu KLIA)





London Eye, taken from Westminster Bridge.
the famous Big Ben. (also known as clock tower)

Kitorang tak sempat nak masuk London Eye, located at the side of Thames River. Kalau pergi waktu pagi, ade London Eye River Cruise, which takes 40mins. Sea Life London Aquarium pun ade kat kwsn ni jugak. Byk jugak park sekitar area ni tapi sbb dah malam so tak best pergi park sbb gelap gelita (apesal byk sgt repetition sbb ni? lantakla). 


Big Ben is one of the tower of Palace of Westminster, also known as Houses of Parliament. It holds the largest four-faced chiming clock in the world and the third-tallest free-standing clock tower. At first, confuse jugak ni ke Big Ben yg femes tu? Ingatkan clock tower biasa je. See, sbb tu kita kena berjalan, bagi minda tu terbukak sikit. 

Victoria Memorial is opposite to Buckingham Palace, finished in 1911 
(a decade after Queen Victoria's death)
Buckingham Palace at night. 3 of us :)


will be continue......(after reading modules) hehe :p

09 March 2012

Doakan untuk dia.


It’s been a long hiatus since i wrote the last entry. And actually, I’ve deleted this blog for the past 3months. Don’t ask me why cause I don’t really know the reasons behind it. Maybe I am sort of dilemma, confusion or whatsoever peoples might called it. And I also changed the url’s blog for certain reasons.

Bila dah lama tinggal blog, rase awkward lah pulak buat contengan kat sini. But somehow aku rasa nak menulis. Menulis tanpa tujuan, bagi aku tak bagus, sbb aku akan merepek instead of menulis. Dah la sebelum ni aku mmg dah byk merepek. Sebenarnya aku ade banyak benda nak ditulis dan dishare. But not in this entry I guess.

Last Wednesday, I’ve got bad news from my family in Malaysia. My lil bro (I used to call him Abe) had an accident. His small intestine got affected at 3 spots with 2cm depth for each and he need to do operation. I don’t really know how the accident happened. According to him (I called him just now) there’s no blood when the accident happened, so I guess it’s internal injuries. Aku dapat berita ni after 4days sbb aku baru dapat no. phone baru. Operation is already done and he need to fast for 4days after the operation. I think he’s doing good right now walaupun suara dia macam lemah sikit. Selalu kalau aku skype dgn dia, suara mesti cheerful je memanjang. Lagipun guna smart voip so line takdelah clear sgt.

Dear Abe,

I know very well that u might not read this. But I'm gonna write it up anyway. Please get well soon. Be strong ok? I know u can do it. Jgn lupa makan ubat. Jgn bagi umi dan abah risau. Kaklong pun risau jugak. So sorry that I can’t be with u right now. Cepat sembuh baru boleh cepat keluar hospital. Syafakallah :)

paling kanan adalah Abe. 2 elder sis are somewhat MIA in the pic.




Awak, awak, dan awak semua,
Tolonglah doakan sekali ye utk adik saya :)

07 December 2011

Kronologi Sebuah Bahasa Arab


Itu hari aku ade exam arab untuk mid mustawa (level). Ala-ala exam arab tinggi waktu spm dulu-dulu tu. Ape? Kau dah lupe? Dapat A+ takkan dah lupa kot. Lainla aku nih, dapat A pun dah kira cukup cukup bersyukur dah. Waktu sekolah dulu, aku selalu pikir kenapa la aku kena belajar bahasa arab ni. Tak cukup dengan arab komunikasi time pmr, continue pulak dengan arab tinggi masa spm. Aku sebenarnya tak pernah terpikir pun nak belajar bahasa arab. Nak nak pulak dengar orang cakap yang bahasa arab ni one of the toughest language in the world. Tapi dah namanye sekolah agama, wajibulghunnah la kena ambik bahasa arab. Aku ingat lagi waktu pmr, dengan semangat waja penuh keazaman aku cakap kat diri aku sendiri aku taknak ambik dah bahasa arab. Cukuplah setakat arab komunikasi tu je. Takde arab tinggi pun aku boleh hidup, since ianya bukan one of source of oxygen.

food served after program best kat Misrturk haritu.

Tapi semangat tu sudah terkubur bila aku terpaksa jugak ambik arab tinggi sebab aku tak mau pindah sekolah lain. Aku punya sayang kat sekolah jangan cite ah, sampai to the extent kalau orang intebiu tanya sape student sekolah ni yang paling sayang kat sekolah ni, ye orangnya tak lain dan tak bukan hanyalah aku. Ok ini memang HIPERBOLA gila. Dari segi struktur soalan pun terdapat unsur bida’ah.

Lagi-lagi bila cikgu dok bizi brainwash cakap budak cemerlang, gemilang, terbilang pmr tak payah ngada-ngada nak pindah sekolah lain. Bila dah berjaya kat sekolah ni, mulalah nak pindah keluar pergi harumkan nama sekolah lain. Padahal semua tu hasil usaha penat lelah cikgu sekolah lama. Ape salahnya, stay je kat sekolah lama. No harm pun kan. Ye aku tau maybe ade orang tu dia nak move to a better school macam KISAS, SBPI, SASER and so on. No offence. After spm, lagi sekali aku bikin azam, tak nak ambik course yang melibatkan bahasa arab. Kalau boleh, taknak langsung tengok muka, kaki, badan bahasa arab. Kalau nampak dia nak lari lintang-pukang sampai dia semput nak kejar lepastu aku bergelak ketawa sebab akhirnya mission impossible berjaya dicapai oleh not-so-kim-possible. Ok setop merepek cik kiah.

Kau tak tau betapa azabnya aku belajar arab tinggi, masa form4 clueless toksah cakap la. Kalau buat essay, memang nahu tunggang terbalik. Waktu form5 better, lagi-lagi ustazah katty (nickname ustazah khatijah) yang comel lote itu yang ajar bahasa arab. Dia ajar memang tahap tip top best weh. Aku yang clueless boleh bertukar wajah terus jadi clueful (new word haha) tapi tak pernah merasa dapat A pun. Seingat aku dapat B pun cuma sekali seusia hidup. The rest is history. Takyah cakap pun orang dah dapat agak dah. Bak kata orang, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Tetiba terasa diri saling tak tumpah macam karam singh walia.

But what happen to me now is the other way around. I’m stucked in a place called Alexandria. Specifically, in Egypt, as if you don’t bother to know as I’m already expected that. Dah trang tang tang lagi nama mesir, communication language ofkos la bahasa arab mak cik. And the-so-called-my-azam-get-rid-of-bahasa-arab sudah berlalu pergi meninggalkan aku terkapai-kapai sorang diri di lautan yang tak bertepi ini. Sadis sungguh hidup aku. Ye begitulah sedikit sebanyak sejarah asal-usul serta kepentingan bahasa arab dalam hidup aku sebagai sorang human being di atas muka bumi Allah ni.

So, berbalik kepada topic asal nun di atas itu, kelas arini dimulakan dengan intro ustazah yang tak berapa nak ceria gumbira ‘ana hazinah jiddan’(saya sedih sangat). Aku punya result exam alhamdulillah ok. Tak pernah pernah i’rab dapat fullmarks, membuatkan aku terasa dunia ini sungguh ajaib. But not semumtaz yang ustazah harapkan which is 50/50. Sounds not normal kan. Dah kau tak selalu dapat fullmarks memang la sounds not normal. Cuba kau selalu dapat fullmarks mesti jadik sounds cliché kan kan.


p/s : Aku tak tau i’rab tu ape dalam bahasa ibunda. Sila rujuk kepada yang pakar.

26 November 2011

Ini Bukan Resepi Memasak



My infection & immunity module exam was finally over. Barulah boleh pheww. Padahal result bukannya boleh tau terus pon. Tunggula bila university rase dia dah ready, dah pikir masak masak nak release result. Agak-agak nak masuk sem 2 nantila gamaknye. Seketul seketul ni tak main, sedebuk terus dia kasik. Biasanya, 3 module for each sem. So our next module is CNS. This sunday dah kena start kelas balik. Just 2 days for the gap. Takde feel olide pun sebab every week memang ditakdirkan untuk cuti jumaat and sabtu.

Exam kali ni, we’re all decided (my dedicated housemates) tak perlu repotin mau masak segala bagai pada minggu genting seperti ini. The jadual memasak kita stop lu, bagi laluan kat YB Datin Seri exam. Hal ini berikutan kekangan masa, tenaga, jiwa beserta raga yang dihadapi oleh semua students kami. Disamping konon boleh mengselimkan berat badan yang increase sejajar dengan musim winter. This is winter people, everybadeh munchs a lot. Believe me, it’s normal. Don’t you want to be a normal? Unless you’re an abnormal.

So hanya menguyah few slices of rich bake bread berkaler hijau mahupun biru. Roti rich bake ni boleh disama-tarafkan dengan roti gardenia kat Malaysia yang sungguh enak dimakan begitu saja. But, this didn’t last long as we (esp si budak yang kuat makan), were craving for nasi jugak. Memang sehari kalau tak sentuh nasi, tak sehari la namanye tu. She’s having so-called-malay-stomach. Just ignore the direct translation.

After practical exam, we’ve 4 days before mcq exam. Tetiba, brain stimulate idea lalu terpacul lah idea untuk masak sekali harung. First, pastikan dalam fridge anda wujud beberapa paket ayam. Kalau takde, sila berlari sekarang ke pasar dan dapatkan segera ayam terhangat di pasaran. Gaul ayam tadi dengan serbuk kunyit. And then, sediakan kuahnya. Contoh, masak merah ke, black pepper ke. So by the time kau tengah khusyuk wa tawadduk study dan perut mula kriok-kriek, you just need to masak nasi, goreng ayam, panaskan kuah and here you go. As simple as petik jari orang cakap plus penjimatan masa yang berganda.

Sejujurnya, ini bukan entri resepi memasak ala orang bujang single-mingle. Sendiri mau makan pun kelam kabut ribut mau masak, apatah lagi mau menutor orang lain. Sila letak cermin kat depan, dan cermin diri sendiri dulu. Kalau nak jugak, Master Chef Malaysia siap sedia membantu anda. Sabtu-rabu pukul 9malam, semestinya di astro ria. Iklan je lebih padahal diri sendiri tak pernah tengok pung.

Oh btw, selamat tahun baru 1433H peeps! For those yang takde buku doa akhir dan awal tahun macam aku, jangan segan silu untuk gugel dan baca di depan laptop macam aku



18 November 2011

Bila Si Nyamuk Speaking



Female Anophele : Kau tau tak, sejak aku hidup ni, aku tak pernah jumpa orang yang macam aku. Takdak sapa boleh lawan kejelitaan aku yang semulajadi nih. 
                                                                                                                                       
Female Aedes     : Jelita amende nya. Aku tengok hang serupa ja ngan aku. Habaq mai siket kat cek.

Female Anophele : Don’t you ever realize that I’ve got a pair of spotted wing? HaHa..jangan nak jeles pulak ye.
                                 
Female Aedes     : Takdok kojo den nak jeles ngan hang. Aku pun ade jugaklah wei. Aku punya kaki ni haa..3 pairs of spotted legs. Setakat wing apelah sangat.

Female Culex     : Hek eleh korang ni, ingat cunn sangat ke ade mende spotted spotted ni? Aku lah yang cun sebenarnya. Wing mahupun legs semuanya non-spotted. Simplicity is the best la u’ols.

Moral of story : Be thankful with all what you’ve got. Semua nyamuk manusia sama di sisi Allah. Tak payahla nak egois sangat. Cun mahupun jelita itu subjektif. Waallahu’alam. Renung-renungkan dan selamat beramal. Peace yo!

tengoklah wing saya yg lawa tu -female anophele-


p/s : aku pon tak berapa nak paham kenape aku kena belajar benda benda parasit ni. dahlah name semua taknak kalah, nak unik je. btw, besok aku ade practical exam. doakan aku and membe membe. adios~                            

07 November 2011

Eidul Adha



Kullu sanah wa entum bikheir! Happy eidul adha to my homeland Malaysia and my second homeland Egypt (yang tak brape nak homeland sangat). Takdelah lewat sangat aku wish kan. Baru hari raya kedua. Entah kenape raye kali ni macam takdek semangat huhahuha nak rayee. Even pukul 7.15pagi dah tercacak kaki kat asrama MARA (padahal orang arab dah siap solat raye dah pon) untuk solat raya berjemaah bersama dengan bebudak melayu sambil dengar khutbah dari walid pastu ade jamuan raye kat kafe bawah tu. Antara menunya adalah nasi lemak teh o’, kek coklat, kek pisang, karipap lazat dan akok. Simpel simpel  jelah, katanya masakan orang bujang. Eh, macam aku pulak yang masak.

Aku rasa raye tahun lepas lagi best kot. Mungkin sebab aku raye kat cairo. Tumpang rumah akak senior pastu tolong dorang masak makanan lazat lagi berkhasiat pastu pegi jamuan makan kat rumah BAKAN dan jugak ARMA pastu tengok jalan jalan raya dipenuhi aliran darah yang pekat macam cat pastu…ish…banyak la pulak pastunyee. Kat sini ade je darah binatang korban tu tapi tak banyak, setakat pemerhatian aku arini la. Mungkin dorang banyak buat kat bahagian kampung kot. Tapi bagus jugak macam ni, kalo tak maunya tangga rumah aku ni dipenuhi darah. Tak sanggup gue.

Kali ni jugak aku beraya sambil berseminar sakan. Seminar Perubatan & Ibadah Pesakit kali ke-3 dengan bertemakan surgery anjuran PERUBATAN (Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir) selama 2 hari iaitu sehari before raye dan hari raye. Banyak pendedahan pasal hukum fiqh dalam medic. Disampaikan oleh ustaz-ustaz yang hebat dan duktur-duktur yang jugak hebat dari Malaysia. Overall, seminar ni okey je cuma aku yang tak berapa nak okey, asyik mengantuk je. Well, seminar lah katekan. Aku rase lah kan sebab lampu opera house tu malap siket. Nilah manusia, mesti nak salahkan benda lain hadoyai.

opera house fi shari' fuad
1st day seminar
solat sunat raye di sutuh. kelihatan sinaran nur di tengah tu :)
disimbahi mentari tapi sejuk wohh

p/s : rindu pulak kat rumet saya yang 3orang itu waktu kat asrama kuning itu :)
p/p/s : credit to aidi for those pics.

30 September 2011

Semalam



Bangun mandi pada pukul 3.30 pagi sangatlah meruntun jiwa. Perut sudah lapar tapi mana nak cari kedai makan pagi-pagi buta nih. Kedai serbaneka kat airport tu pon tak bukak lagi. Takpelah kita pegi check-in dulu lah kalau ini macam. Punyalah lama tunggu mak cik depan nak setel. Siap borak sakan lagi dengan akak kat kaunter tu. Dia ingat ni nasi lemak kopi o ke.

Aku memang dah agak dah beg aku overload. Lebih 15kg.  Disebabkan ini flight domestic so max hanyalah 20kg. Tapi di klia itu hari dia kasik sampai 25kg. “Akak, 25kg tak boleh ke?”. “Mane boleh! Awak beli tiket murah. Bukan tiket mahal.” Nada suara tinggi sikit. Dengan mak cik tadi cakap bukan main lemah lembut lagi. Aik? Ade tiket mahal tiket murah ke? Dah aku beli online mestilah murah sikit. Orang lain beli online dapat je 25kg. Ni yang aku tak paham ni. Abah aku tanya nak pack balik ke nak bayar je. Sambil sengih aku cakap bayar jelah, malas nak pack balik. Aku beli tiket MAS jadi RM10/kg. Kalau Air Asia lagilah mahal, RM30/kg.

Akak tadi tu tanya aku, “Awak ni baru nak pergi ke balik bercuti?”. “Orang lain pon balik bercuti jugak tapi barang takdelah banyak sangat macam awak ni”. “Awak tau tak, setakat ni paling tinggi pon RM100. Awaklah yang paling tinggi sekali.” Alah kalau cik akak bagi saya 25kg RM100 aje saya kena bayar tahu.

Sampai di KLIA aku kena tunggu kawan aku dulu sebab visa aku dia yang buat so passport aku dengan dia. Umi aku kol aku tanya brape max kg nak check-in kat klia. Aku dengan confident 99% cakap international 40kg. Lepastu kawan aku cakap hati-hati check-in nanti 30kg je tau. HUH? I’m sooo dead! Tak payah tengok purse dah tau aku ade 50hengget je. Memang tak jadilah aku nak pegi melantak breakfast lepasni.

Aku terpaksa tabahkan hati beratur nak check-in. Yelah walau kau overload sekalipun kau memang takde jalan lain dah. Kitorang try buat group check-in tapi memang dasar semua orang beg 30kg above. Akak tu cakap aku lebih 6kg. Aku berwajah simpati  so dia bagi aku 5kg. Aku cakap tak boleh kurang lagi ke kak? Lagi sekali berwajah simpati. Dia bagi 4kg. Aku cakap kat asma rumet aku nak pinjam duit sebab dia ade kat tepi aku waktu tu. Bukanlah duit asma tapi duit mak dialah. Serius  aku memang tak tau nak mintak tolong sape dah weh.

RM79/kg for Gulf Air. Now you do the math. RM316. Mau semput aku dibuatnya. Nasib baik takde high blood pressure. Aku pandang mak asma kat sebelah. “Mak cik, saya memang takde duit nih.” “Takpe takpe.” “Kalau tumpang beg orang lain boleh tak?” “Mak cik nak try carilah ni.” Tapi semua orang memang bawak banyak barang, memang tak jumpalah nak cari. Mak asma pandang akak kat kaunter bayaran tu. Tanyalah kot-kot boleh kurang lagi ke. Akak tu suruh kitorang pegi jumpa sorang abang tu. Dia cakap abang tu baik sikit. Baik sikit kat sini maksudnya not so strict la. Abang tu suruh aku bayar half je. Syukur. Lepastu, abang tu suruh kitorang ikut dia. He said something kat akak kaunter check-in tu. Rupa-rupanya dia suruh akak tu kasi pelepasan kat kitorang. Syukur lagi.

“Apesal muka kau macam nak nangis je nih?”

“Aku lapar la weh. Memang masuk flight nanti aku nak terus makan.” Sebab kalut tadilah sampai aku lupa nak makan.

rupa kotak bila dah sampai. nyawa-nyawa ikan T.T



P/S : Next time aku tak nak bawak barang banyak lagi. Aku dah penat.

P/S/S : Terima kasih banyak mak cik (cakap kat mak asma)

26 August 2011

Ucapan raya in advance

Hello everyone and assalamualaikum.
It’s been a week and half since i’ve come back to my homeland. Malaysia oh tanah airku.
Negaraku. Tanah tumpahnya darahku. (sila nyanyi dengan bersemangat waja)
It’s great to see tanah kehijauan, gunung, ladang dan rimba. It’s wonderful to be with family even family member still tak cukup lagi. Sorang kat uni and sorang kat hostel. It’s exciting to join iftar at Puan Ummi’s and Encik Abah’s school. Yes, both of them are teachers.
And now we’re getting closer to aidilfitri. Coming to you in a few days and taraaa!
Selamat hari raya, hari untuk kita bergembira, setahun hanya sekali, merayakan hari yang bahgia ini... (diiringi muzik)
Not to mention biskut raya, kueh raya, baju raya, kasut raya, duet raya, kaya raya, ____raya, ____raya, ____raya. *penat.plis continue with the list*
Dan ramadhan is almost nak berakhir. Just a few days left sebelum pergi meninggalkan kita. Adakah aim or azam kita waktu awal ramadhan dah tercapai? *terasa* Kalau belum macam mane? Jadikan ramadhan as our platform untuk boost amal ibadat kita. Bukan hanya tahu nak buat time ramadhan je. Semoga segala kebaikan yang kita buat dalam bulan ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan yang akan datang. And do hope to get a chance to meet this blessed month ramadhan kareem dalam tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah.
Bila orang cakap ; Ramadhan kareem (Ramadhan yang mulia), kita jawab ; Allahu akram (Allah itu lebih mulia). *sebenarnya baru tahu*
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada keluarga di kampung nun jauh di sana, sanak-sedara sepupu-sepapat cucu-cicit, kawan-kawan yang sudah tua mahupun masih muda remaja , cikgu-cikgi yang penat-lelah tungkus-lumus ajar saya dari prasekolah SK Kubang Telaga, sek. rendah SK Kolam, sek. menengah SMKA Tok Bachok dan barisan lecturers of Alexandria University yang disegani, Muslimin dan Muslimat sekalian. Tidak lupa juga kepada sesiapa jua unknown yang berwajah XX mahupun XY di luar sana atau di dalam ini (belog) yang mengenali diri saya. *versi salam perantauan*

@Innal-insana laisal-tamam (sesungguhnya manusia itu tidak sempurna)
For every sins and mistakes that I’ve done, I seek for forgiveness.                               
For every deeds that you’ve done for me, I hope for redemptions.                                  
It’s time for us to really ponder of what we’ve become in the past and present thus dream of the best in our lives for the future next.
<Barakallahu fi Eid Mubarak>

10 July 2011

Kebahangan Makin Menular


Hari ni exam human right. Yang aku bilang tak menarik itu hari. Sebenarnya, takdelah tak menarik sangat. Menarik je (boleh lah~) bagi yang minat law tapi terpaksa ambik medic sebab mak pak suruh. Tak lupa juga bagi yang minat sejarah (oh aku minat tapi lepas aku dah hapal lah. before hapal aku tak suka lah) Overall ade 30 articles. Right to education, right to rest and leisure, right to work, right to……blablah. Convention, charter, covenant, declaration, treaties and banyak lagilah. Semput kalau nak suruh aku tulis sini. Bukan korang semput. Aku yang semput. Ok, sila tarik nafas pelan-pelan sekarang. Tarik and then hembus…haa…macam tulah. Anak sapa la ni.

Dan hari ni cuaca agak la membahang. Matahari tidak lagi malu menunjukkan diri beliau secara terang-terangan. Ibarat lapisan ozon tidak wujud sama sekali. Mungkinkah hak beliau telah dinafikan (?) Amat berbeza ye adik-adik di waktu winter. Walaupun kita turut menyaksikan matahari tetap muncul (memanglah waktu siang ade matahari. LOL) tapi angin dingin dapat menenangkan hatiku yang gundah-gula-gula-na. Mungkin hampir setiap orang akan setuju kalau aku pegi interview dorang. Mungkin. (oh apakah yang aku sedang merapu ni)

matahari selalu dikaitkan dengan nur.

Seawal 9.30 pagi, kami telah berarak ibarat nak pegi kenduri kawen sanak sedara kecuali destinasi yang berbeda sama sekali. Langkah diteruskan dengan semangat yang berkobar-kobar, berhasrat ingin menumpahkan lalu memuntahkan segala isi human right yang dibaca pulun dan dipulun baca. Seusai kaki memijak lantai lecture hall yang dijadikan exam hall, kebahangan mula menular dalam diri setiap orang sebaik saja masing-masing sudah ketemu seat. Nak tahu kenapa? Tak kisahlah korang nak tahu ke tak aku tetap mau celita. Exam hall itu hanyalah disupply oleh kipas angin dinding dan stand. Bajet-bajet cukuplah untuk hilangkan peluh.

Aku hampir menjerit girang sebaik saja terpandang wajah cik kipas dinding dekat dengan seat aku. “Apehal kipas ni static je nih?”. Itulah hakikat yang aku perit nak terima ye. Boleh pulak dia takmau gerak malah menghalakan wajah beliau kepada pak cik hakim yang duduk seat belakang sikit dari aku. Fine la cik kipas. Mentang-mentanglah pak cik hakim sorang je jejaka Malaya kat area nih, kau nak mengahadap dia je eh. Agak-agak ah. (yang kau nak emo ni apehal. tidakkah kau sedar cik puan kipas hanyalah ghairu a’kil?)

Dahla jawab soalan sejam je. Patutnya sejam setengah. Lepastu boleh pulak mengorak langkah pegi Pumpkin seolah-olah kedai itu letaknya di depan rumah. Dan langkah yang bijak adalah menyambung kembali pengorakan langkah seusai solat zuhur dan perut tersayang diisi dengan makanan KSP yang berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Kali ini, pengorakan langkah diteruskan untuk ke Mansyiah. Hajat di hati mau beli kain cotton Egypt mau dikasi sama itu orang Malaysia. Yang tak balik tu, tak payah susah-susah mau pikir nak beli hape. Melihat ramai rakan sejawat turut membeli benda alah tu untuk dibawa balik Malaysia, aku terasa seperti diseru untuk membelinya. Inilah contoh pengaruh rakan sebaya. HAHA. Tau-taulah Mansyiah tu macam mana rupa bentuknya. Sebuah pekan yang penuh sesak, dipadati Misriyyin tanpa mengira tahap umur. Laungan para ammu jual segala jadah diselang-selikan dengan pergaduhan pak arab (scene that usually happen here) dan jugak tramco dan teksi yang berduyun-duyun mengambil kesempatan keemasan untuk memicit hon sekuat hati tak hengat dunia.

Aku balik asrama seawal 4 petang kerana menyedari I have kelas arab dengan Ustazah Shaima lah (4p.m. till 7p.m.). Itupun setelah diperingati oleh Aten. Oleh kerana baju yang basah lencun gara-gara peluh, aku agak bermalas-malasan. Capek turut menyumbang serba sedikit kepada statistic tahap kemalasan aku. Mungkin sudah sampai ke tahap peak (?). Sesungguhnya aku ade nawaitu nak pegi kelas arab. Cuma dah lewat sejam. Aku takut ustazah tak kasik masuk kelas dia. Maunya aku tercongok kat depan Misrturk tu. Ma’alish ya ustazah. Hakikatnya, aku tau ustazah baik awi tapi tapi tapi...aku rasa kalau aku masuk kelas lewat sejam...tindakan tu sangatlah tidak bermoral segaligus tidak layak langsung menjadi ikutan ramai.


Kawan aku cakap : Haih, baru je masuk kelas, takkan dah ponteng kot.


*sigh*

29 June 2011

Suka Suki Temporary Holidays



Dah lama rasanya tulisan aku tak menari dan berjoget kat sini. The letters are dancing (?). And yes, I’m quoting Ishaan Nandkishore Awasthi. Well, at this point you might be asking me sapa la pulak ni. For those peminat tegar hindi films, tak payah aku nak setoli lu olang panjang lebar. The film that I’m talking about is Taare Zameen Par. Means every child is special. This 9-year-old boy suffered from dyslexia which is difficulty in reading and writing. And he’s not dumb or idiot. He's just can’t read and write properly. And not so good in doing some stuff except painting. I must say, his painting is somewhat awesome.

Oklah, enough with the film. Macam dah lari dari tajuk asal je. Sebenarnya nak buat cakap pasal exam dan ektiviti lepas exam. I’m not talking about final sem exam. This is final module exam. And we got 2 more exams (actually 3, one ‘interesting’ more added, human rights). The practical exam was err…………..confusing, blurring and totally blanked. Tengok cadaver, baru je nak kenal pasti what is the nerve, what its branches, site of attachment at the coloured part on the bone….then…SHIFT! Nggak mau cerita panjang lebar. Bikin aku susah hati aja kok. The MCQ one is Alhamdulillah ok. Pape pon, kau boleh jawab ke, tak boleh jawab ke, all you’ve got to do now is tawakkal alaAllah. Mintak mintaklah Allah kasik prof lembut hati nak kasik extra marks ke. Cepat amin kan doa nih kawan kawan.

Balik je dari exam, aku sebenarnya tak plan nak gi mana mana pon. Tiba-tiba je dah sampai cairo. Tiba-tiba tu actually 3 atau 4 jam jugaklah. Bukannya tiba-tiba….PAP!ok dah sampai cairo. Kitorang punya aim kali ni adalah nile cruise. Ni semua gara gara gejala adhoc anak pak cik sazli. Aku dan amal pulak tukang ikot since nak pegi cruise to luxor and aswan dulu dulu tu kena cancel, terpaksa balik ke tanah air terchenta. Sungguhpon terlepas  train, terpaksa rentungkan tiket train 70genih sorang, dan terpaksa beratur (actually more to berebut) lagi sekali, semangat nampaknya maseh agak berkobar waktu tu. Dan tidak lupa jugak kepada lauk-pauk ksp yang kununnya nak makan dalam train lalu tumpah atas seluar dan kasut den.

Sebenarnya kitorang pegi dengan travel agent (tak ingat nama ape). Dia punya manager tu kawan ayah kawan aku. Uncle Radhwan. Mati-mati aku ingat orang melayu. Mana taknya, nama sebijik macam orang melayu. Padahal orang arab. Oleh yang demikian, kawan aku telah mandapat tajaan penuh daripada beliau. Kitorang pulak dapatlah discount. Beliau siap hantar staff beliau iaitu Mr. Syariff untuk menjemput kami yang ala-ala kehormat dari train terus pegi kat tempat tu. Mr. Syariff  telah bertukar menjadi ala-ala tourist guide. ‘Ok, this is our museum. Then, on the left side is our famous tahrir square….bla….bla’. And he’s just soooo nice plus……’You know, sometimes I know what you’re talking about’ (when we’re talking in malay at the moment). Errrkkk! Mana taknya, dia selalu handle tourists from Malaysia.

The cruise started at 7 p.m. and and and perut agak sudah rancak berlagu dan bergendang. Masa tu jugaklah waiters started to serve the buffet. And say what, they’ve got nasik! Dasar perut melayu betullah. With all the lauk pauk and manisan, memang kenyang perut suka hati lahh jawabnya. Pastu tak sangka lah pulak ade show dalam tu, ingat makan makan dan tengok laut je. Ade belly dancer atau orang arab cakap ra’as baladi dan tandoora (at first we thought that was Taliban show. Naseb baek Mr. Syariff bagitau)













After makan makan, naik tingkat atas sekali, dia punya view memang subhanaAllah sangat cantek. Nasib baik malam, takdelah panas sangat. Mr. Syariff cakap sometimes suhu kat cairo boleh mencecah 40 degree. Kenyataan tu memang mantap. Pukul 9 lebih camtu dah sampai dah. Dan sekali lagi Mr. Syariff hantar kitorang kat rumah kawan kat sayyeda zainab. Senang cite, beliau memang baek lahh :)

Esoknya, pegi City Star dan aku rasa macam berapa juta kali tengok index kat mall tu. Kejap kejap carik index. Nak carik Virgin punya pasal berapa kali asyik pusing tempat sama. Last last jumpa jugak even dah last minute nak balik dah dengan harapan pisang tak berbuah dua kali. Kalau nak harap kat orang tu, memang tak jumpalah jawabnya. Kau memang patut bersyukurlah dapat kawan yang rajin tanya orang macam aku nih. Ngahaha.

No need to say terima kasih kerana merealisasikan impian. Thanks to you back :)

13 June 2011

Pathway Punya Pasal


Situasi:

Suatu hari yang panas terik. Kelihatan beberapa orang budak pompuan sedang berjalan tergesa-gesa menuju Kuliyyah Tibb Muwasah.

A : Weh korang, jomlah jalan cepat cepat. Panaih nih.

B : Alah, kalo jalan cepat cepat, karang berpeluh lah pulak.

A: Kenapalah u tak buat pathway? Kan senang kalo ade pathway. Takyah aku nak jalan tengah panas trang tang tang nih.

C : Engko memang..Ingat sume orang macam kau ke?

A : Eh, betol ape. Kalo hujan, boleh jalan ikot pathway. Kan senang tu. Bleh protect kita dari panas dan hujan.

C : Bila mase la pulak mesir ni selalu hujan? Bape kali je pon dalam setahun. Ce bagitau aku siket.

A : Errr…
                                                                                                                                                                
Question 1: From the dialogue above, which one is highly possible to be AKU?A or B or C?Haa..jawab copat.

And here the answer goes;

A is supposed to be akulah.




Yeap, korang korang yang blaja kat muwasah ni pernah tak pikir macam ape yang aku pikir. Haa..tak pernah??Even once??Tipulah tu, takkan aku sorang je pikir macam ni (tak nak terima kenyataan). Mentang mentanglah aku membesar bersama pathway di SMKATB, ini tak bermakna aku sorang je suke jalan ikot pathway. Well, kalo ade 2 jalan, satu pathway and satu lagi jalan takde pathway (+panas laa), mestilah kita ambik jalan ade pathway. Kan kan? Tak kuaso den lalu jalan takdak pathway kalo ade jalan ade pathway. Melainkan korang memang suka banget jalan yang panas panas nih. Nak exercise lah katakan.(pegi kuliah pukul 10pagi, matahari memang dah tegak atas kepala macam pukul12 kat mesia)

Teringat pulak mase zaman skolah dulu. Skolah aku punya pathway. Dari dewan makan asrama atau lebih femes dikenali sebagai dewan makan Mok Nah (orang yang keje kat situ) terus ke kelas 5IK (ibnu khaldun). Straight to my class lagik. Memang dia nak suruh aku gunalah tu.(memang aku dah lame dah paham isyarat pathway tu kasik kat aku). Tapi kan, dia punya main problemnya, pathway tu akan melalui ASPURA terlebih dahulu. Aspura tu kenal ke tak? Ok fine, sume orang dah tau ape makna aspura. No need for me untuk berceritera panjang lebar.(desas-desus-pot-pet-->ingat dia sorang ke dok hostel?Aku pon dok hostel gak dulu. Siap SEKOLAH BERASRAMA PENUH lagi taauuuu)

Gara-gara kedudukan pathway tu yang agak ‘strategik’ kalau diteliti dari sudut Geografi, maka aku sering ditimpa masalah. Paham paham jelah bebudak aspura tu macam mane. Bukan baek sangat pon. Tapi, aku tak ambik kesah sangat part ni. Bila budak pompuan lalu je, mulalah nak bertenggek kat tepi katil, tepi tingkap. Pastu, start lah bunyik sound effect yang tak sodap nak didengar. “phewwiittt, awak tu…nak pegi mane?”. Ade jugak yang ingin mengasah dan menajamkan bakat tersembunyi--->of cos lah dalam bidang nyanyian! Kalau solo nasyid ke ape ke, aku boleh terima lagi lah, ini tak. Last-last, most of the nyanyian tend to be lalakan. Ok, itu memang tak sedop didengar. Tak kurang jugak yang ingin meng-sound; “Weh, ade warden datang!”. Thanks for the reminder by the way.

Yang part last tu, aku jarang ignore. Yang tu penting. I repeat, PENTING! What matter is; “Students are not allowed to used the pathway except in rain”(lebih kurang macam tulah bunyiknya). So, kalo panas pon, takleh jugak lalu ikot pathway. Hujan baru boleh. Nak nak, kalau ade warden yang tegas berkuatkuasa pada hari berkenaan. Yang aku takleh terimanya, apesal budak pompuan jek? Budak laki bukan maen rilek lagi jalan ikot pathway. Ini tidak adil! Mentang-mentanglah pathway tu belakang asrama dorang je. So, dorang punyalah. Sedangkan budak pompuan terpaksa lalu ikot jalan utama which is; depan aspura, lagik jauh, lagik tak redupp.


rumput dan pokok macam malu-malu siket nak hidup kat sini..


So, precautions yang perlu diambil kalau kalau dah pasang nawaitu nak balek asrama atau pi kelas via pathway, kena pastikan warden mane yang bertugas pada aritulah. Ok, ni sebenarnya tips yang amat berguna. And korang mestilah know well your warden. Dia tu jenis yang macam mane. Garang ke, baik ke, tegas ke, suka rotan orang ke, bile time datang bertugas ke. Kalau ok, barulah boleh proceed korang punya nawaitu. Hehehe. Aku ni macam ajar benda tak baek jek nih. Setakat tu jelah aku punya ajaran tak baek tu.

Tapi, precautions tu aku sendiri pon bukannya ikot sangat pon. Pakai maen lalu jek. Sebab tu, aku selalu kena denda ngan warden, kena rotan lah, kena tarik telinga lah dan macam-macam lagi. (cis, ingatkan pro nak ajar-ajar orang nih). Pernah sekali tu, waktu nak balek asrama. Aku ingat lagi, hari tu hari rabu, siap pakai baju KRS lagih. Betapa kuatnya ingatan aku kalau benda-benda macamni. Lalu ikot pathway. Adelah jugak dengar bebudak aspura laung, cakap ade Cikgu Helmi. Kitorang ingat diorang saje je nak menyakat. Siket je lagik nak sampai itu dewan makan, nampak kelibat Cikgu Helmi dok menjamu selera. Oopps, alamak! Kitorang ingat nak patah balik (bajet sempat jek). Sekali Cikgu Helmi terus bergegas meninggalkan nasik beliau lalu mengejar kitorang yang dah pon putus harapan. And, sape sape pon boleh teka ape jadik lepas tu. Kena denda lah, ape lagi. I’m not going to mention what type of denda. Memalukan jelah sebab mase tu aku form5. (memanglah form5 yang selalu buat hal. Takkan lah form1 pulak. Aku innocent hape waktu form1)

Walaupun aku selalu kena denda dengan Cikgu Helmi (+ warden laen), aku takdelah nak marah-marah balik that warden. Some people akan marah-marah, mengumpat, lawan balik warden yang denda dia. Masalahnya, kita ke warden yang bersalah? Kitalah kan. Warden just buat tugas diorang jelah. Dah kita buat salah, memanglah kita yang dapat consequences nya. Pandai buat, pandai tanggunglah. Sendiri mau ingatlah.(itupon nak kena aku ajar ke. Hee.)

cikgu-cikgu selalu main game kat dataran tyme sambutan hari guru
sambil disaksikan  oleh  pelajar dari setiap blok..memang best!

Oklah, enough already. Cikgu Helmi used to be our most popular warden of the year. He won that award every year except when I’m in form5. That award goes to another warden, Ustaz Azharan. Cikgu Helmi is somekind of legend. Now, he had transferred to SMKA Naim Lilbanat.





P/S: When ‘panas’ passing by and drop by our side while saying hi to us, why don’t we think ‘panas lagi api neraka’?Just to reminds myself.


P/S: Kepada Cikgu Helmi (in case he's got through this entry), entri ini bukanlah untuk mengutuk, meng'condemn' mahupun mencemar nama baik cikgu. Saya hanya ingin mencoret kenangan sewaktu di sekolah dulu. Thank you for being my teacher and warden.(ayat kena skema siket sebab Cikgu Helmi ajar BM)