CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 April 2012

That One Fine Day


Stop is never the word to look for, 
Why give up when the time has not come yet, 
Why cry when happy times were so good to be reminisced, 
Why act like a child when knowing the realities,
Reality bites and hurts,
But the reality would never change,
It’s you who going to decide,
Which road you should take,
Left or right,
A tortous one or a straight one,
The highway is still far,
Unseen until you make it clear one fine day,
That one fine day will sure come.


El-Sayeda Zainab Mosque, Cairo

p/s : kenapa entah macam malas gila nak sambung entri dulu tu. tunggulah bila encik rajin pulang ke rumah.

11 March 2012

UK Part 1 : Glimpse On London


Winter break started on 14th feb till 25th feb. Mase kitorang dah abis exam uni lain kat mesir ni dah pun start kuliah. Selalunya macam tulah. Jadual cuti berbeza. Alex uni selalunya paling lambat cuti. Tak kiralah winter break mahupun summer break. Summer break last year org lain cuti almost 3months but we only got a month and half. Kdg2 rase geram jugaklah. Kita tgh exam, kwn2 kita sibuk duk update status holiday dorang. Nasiblah kan.

So, during winter break, we planned to go to uk. Mind you, it’s not really a proper plan cause we actually plan for another trip, but that trip cancelled last minute. Mungkin Allah tak kasi kitorang pergi lagi sbb tak betul2 mentally and physically prepared. Mungkin jugak Allah nak suruh kitorang rasa lagi kuat nak pergi ke sana in the future. Ape2 pun just hoping that He would give u the best. Oops, salah tu, He SURE give u the best! ^^

Harga tiket lebih kurang 2930le (2way) by Egypt Air (mcm dah takde airline line je). Pastu merempat kat airport or specifically Burger King (tmpt tido while waiting for departure). Nasib waiter kedai tu tak halau je. Haha. Pagi besoknya, waktu nak check passport tu paling tak suka sbb pakcik tu akan belek passport lalu mendapati kitorang takde visa. Masalah biasa yg dihadapi oleh students kat Egypt. So mmg dari awal lagila prepare siap2 153le (denda). Selepas sesi bersoaljawab dgn pakcik tu, dia bagi pelepasan, tak payah bayar denda. Yelah, bukannya salah kita. Syukur.



Lebih kurang 1pm, we arrived at Heathrow Airport. A bit late actually, flight from Egypt to London usually takes 5hours. Beza masa pulak, Egypt 2hours awal dari London. Alhamdulillah dapat tunaikan solat kat airport even in a multifaith room. Then, we took tube to Victoria Station. Tube ni lebih kurang LRT. Pantas dan effisyen gitu. Malam tu naik bas ke Cardiff, 16pounds at Victoria Coach Station. Agak mahal sbb tak beli online (takde credit card). Zaman skrg semua benda guna credit card. Cepat dan murah. Bila entah Bank Misr nak maju sikit, buat credit card. Coach yg popular kat London biasenya National Express or Megabus. Kalau pergi dgn tour guide, masalah penginapan dan transportations konfem setel. Kalau pegi sendiri, kenalah pandai setelkan sendiri. Thanks to u, pakcik gugel.

Heathrow Airport yg lengang. KLIA lg lawa dan best. (tetiba rindu KLIA)





London Eye, taken from Westminster Bridge.
the famous Big Ben. (also known as clock tower)

Kitorang tak sempat nak masuk London Eye, located at the side of Thames River. Kalau pergi waktu pagi, ade London Eye River Cruise, which takes 40mins. Sea Life London Aquarium pun ade kat kwsn ni jugak. Byk jugak park sekitar area ni tapi sbb dah malam so tak best pergi park sbb gelap gelita (apesal byk sgt repetition sbb ni? lantakla). 


Big Ben is one of the tower of Palace of Westminster, also known as Houses of Parliament. It holds the largest four-faced chiming clock in the world and the third-tallest free-standing clock tower. At first, confuse jugak ni ke Big Ben yg femes tu? Ingatkan clock tower biasa je. See, sbb tu kita kena berjalan, bagi minda tu terbukak sikit. 

Victoria Memorial is opposite to Buckingham Palace, finished in 1911 
(a decade after Queen Victoria's death)
Buckingham Palace at night. 3 of us :)


will be continue......(after reading modules) hehe :p

09 March 2012

Doakan untuk dia.


It’s been a long hiatus since i wrote the last entry. And actually, I’ve deleted this blog for the past 3months. Don’t ask me why cause I don’t really know the reasons behind it. Maybe I am sort of dilemma, confusion or whatsoever peoples might called it. And I also changed the url’s blog for certain reasons.

Bila dah lama tinggal blog, rase awkward lah pulak buat contengan kat sini. But somehow aku rasa nak menulis. Menulis tanpa tujuan, bagi aku tak bagus, sbb aku akan merepek instead of menulis. Dah la sebelum ni aku mmg dah byk merepek. Sebenarnya aku ade banyak benda nak ditulis dan dishare. But not in this entry I guess.

Last Wednesday, I’ve got bad news from my family in Malaysia. My lil bro (I used to call him Abe) had an accident. His small intestine got affected at 3 spots with 2cm depth for each and he need to do operation. I don’t really know how the accident happened. According to him (I called him just now) there’s no blood when the accident happened, so I guess it’s internal injuries. Aku dapat berita ni after 4days sbb aku baru dapat no. phone baru. Operation is already done and he need to fast for 4days after the operation. I think he’s doing good right now walaupun suara dia macam lemah sikit. Selalu kalau aku skype dgn dia, suara mesti cheerful je memanjang. Lagipun guna smart voip so line takdelah clear sgt.

Dear Abe,

I know very well that u might not read this. But I'm gonna write it up anyway. Please get well soon. Be strong ok? I know u can do it. Jgn lupa makan ubat. Jgn bagi umi dan abah risau. Kaklong pun risau jugak. So sorry that I can’t be with u right now. Cepat sembuh baru boleh cepat keluar hospital. Syafakallah :)

paling kanan adalah Abe. 2 elder sis are somewhat MIA in the pic.




Awak, awak, dan awak semua,
Tolonglah doakan sekali ye utk adik saya :)

07 December 2011

Kronologi Sebuah Bahasa Arab


Itu hari aku ade exam arab untuk mid mustawa (level). Ala-ala exam arab tinggi waktu spm dulu-dulu tu. Ape? Kau dah lupe? Dapat A+ takkan dah lupa kot. Lainla aku nih, dapat A pun dah kira cukup cukup bersyukur dah. Waktu sekolah dulu, aku selalu pikir kenapa la aku kena belajar bahasa arab ni. Tak cukup dengan arab komunikasi time pmr, continue pulak dengan arab tinggi masa spm. Aku sebenarnya tak pernah terpikir pun nak belajar bahasa arab. Nak nak pulak dengar orang cakap yang bahasa arab ni one of the toughest language in the world. Tapi dah namanye sekolah agama, wajibulghunnah la kena ambik bahasa arab. Aku ingat lagi waktu pmr, dengan semangat waja penuh keazaman aku cakap kat diri aku sendiri aku taknak ambik dah bahasa arab. Cukuplah setakat arab komunikasi tu je. Takde arab tinggi pun aku boleh hidup, since ianya bukan one of source of oxygen.

food served after program best kat Misrturk haritu.

Tapi semangat tu sudah terkubur bila aku terpaksa jugak ambik arab tinggi sebab aku tak mau pindah sekolah lain. Aku punya sayang kat sekolah jangan cite ah, sampai to the extent kalau orang intebiu tanya sape student sekolah ni yang paling sayang kat sekolah ni, ye orangnya tak lain dan tak bukan hanyalah aku. Ok ini memang HIPERBOLA gila. Dari segi struktur soalan pun terdapat unsur bida’ah.

Lagi-lagi bila cikgu dok bizi brainwash cakap budak cemerlang, gemilang, terbilang pmr tak payah ngada-ngada nak pindah sekolah lain. Bila dah berjaya kat sekolah ni, mulalah nak pindah keluar pergi harumkan nama sekolah lain. Padahal semua tu hasil usaha penat lelah cikgu sekolah lama. Ape salahnya, stay je kat sekolah lama. No harm pun kan. Ye aku tau maybe ade orang tu dia nak move to a better school macam KISAS, SBPI, SASER and so on. No offence. After spm, lagi sekali aku bikin azam, tak nak ambik course yang melibatkan bahasa arab. Kalau boleh, taknak langsung tengok muka, kaki, badan bahasa arab. Kalau nampak dia nak lari lintang-pukang sampai dia semput nak kejar lepastu aku bergelak ketawa sebab akhirnya mission impossible berjaya dicapai oleh not-so-kim-possible. Ok setop merepek cik kiah.

Kau tak tau betapa azabnya aku belajar arab tinggi, masa form4 clueless toksah cakap la. Kalau buat essay, memang nahu tunggang terbalik. Waktu form5 better, lagi-lagi ustazah katty (nickname ustazah khatijah) yang comel lote itu yang ajar bahasa arab. Dia ajar memang tahap tip top best weh. Aku yang clueless boleh bertukar wajah terus jadi clueful (new word haha) tapi tak pernah merasa dapat A pun. Seingat aku dapat B pun cuma sekali seusia hidup. The rest is history. Takyah cakap pun orang dah dapat agak dah. Bak kata orang, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Tetiba terasa diri saling tak tumpah macam karam singh walia.

But what happen to me now is the other way around. I’m stucked in a place called Alexandria. Specifically, in Egypt, as if you don’t bother to know as I’m already expected that. Dah trang tang tang lagi nama mesir, communication language ofkos la bahasa arab mak cik. And the-so-called-my-azam-get-rid-of-bahasa-arab sudah berlalu pergi meninggalkan aku terkapai-kapai sorang diri di lautan yang tak bertepi ini. Sadis sungguh hidup aku. Ye begitulah sedikit sebanyak sejarah asal-usul serta kepentingan bahasa arab dalam hidup aku sebagai sorang human being di atas muka bumi Allah ni.

So, berbalik kepada topic asal nun di atas itu, kelas arini dimulakan dengan intro ustazah yang tak berapa nak ceria gumbira ‘ana hazinah jiddan’(saya sedih sangat). Aku punya result exam alhamdulillah ok. Tak pernah pernah i’rab dapat fullmarks, membuatkan aku terasa dunia ini sungguh ajaib. But not semumtaz yang ustazah harapkan which is 50/50. Sounds not normal kan. Dah kau tak selalu dapat fullmarks memang la sounds not normal. Cuba kau selalu dapat fullmarks mesti jadik sounds cliché kan kan.


p/s : Aku tak tau i’rab tu ape dalam bahasa ibunda. Sila rujuk kepada yang pakar.

26 November 2011

Ini Bukan Resepi Memasak



My infection & immunity module exam was finally over. Barulah boleh pheww. Padahal result bukannya boleh tau terus pon. Tunggula bila university rase dia dah ready, dah pikir masak masak nak release result. Agak-agak nak masuk sem 2 nantila gamaknye. Seketul seketul ni tak main, sedebuk terus dia kasik. Biasanya, 3 module for each sem. So our next module is CNS. This sunday dah kena start kelas balik. Just 2 days for the gap. Takde feel olide pun sebab every week memang ditakdirkan untuk cuti jumaat and sabtu.

Exam kali ni, we’re all decided (my dedicated housemates) tak perlu repotin mau masak segala bagai pada minggu genting seperti ini. The jadual memasak kita stop lu, bagi laluan kat YB Datin Seri exam. Hal ini berikutan kekangan masa, tenaga, jiwa beserta raga yang dihadapi oleh semua students kami. Disamping konon boleh mengselimkan berat badan yang increase sejajar dengan musim winter. This is winter people, everybadeh munchs a lot. Believe me, it’s normal. Don’t you want to be a normal? Unless you’re an abnormal.

So hanya menguyah few slices of rich bake bread berkaler hijau mahupun biru. Roti rich bake ni boleh disama-tarafkan dengan roti gardenia kat Malaysia yang sungguh enak dimakan begitu saja. But, this didn’t last long as we (esp si budak yang kuat makan), were craving for nasi jugak. Memang sehari kalau tak sentuh nasi, tak sehari la namanye tu. She’s having so-called-malay-stomach. Just ignore the direct translation.

After practical exam, we’ve 4 days before mcq exam. Tetiba, brain stimulate idea lalu terpacul lah idea untuk masak sekali harung. First, pastikan dalam fridge anda wujud beberapa paket ayam. Kalau takde, sila berlari sekarang ke pasar dan dapatkan segera ayam terhangat di pasaran. Gaul ayam tadi dengan serbuk kunyit. And then, sediakan kuahnya. Contoh, masak merah ke, black pepper ke. So by the time kau tengah khusyuk wa tawadduk study dan perut mula kriok-kriek, you just need to masak nasi, goreng ayam, panaskan kuah and here you go. As simple as petik jari orang cakap plus penjimatan masa yang berganda.

Sejujurnya, ini bukan entri resepi memasak ala orang bujang single-mingle. Sendiri mau makan pun kelam kabut ribut mau masak, apatah lagi mau menutor orang lain. Sila letak cermin kat depan, dan cermin diri sendiri dulu. Kalau nak jugak, Master Chef Malaysia siap sedia membantu anda. Sabtu-rabu pukul 9malam, semestinya di astro ria. Iklan je lebih padahal diri sendiri tak pernah tengok pung.

Oh btw, selamat tahun baru 1433H peeps! For those yang takde buku doa akhir dan awal tahun macam aku, jangan segan silu untuk gugel dan baca di depan laptop macam aku



18 November 2011

Bila Si Nyamuk Speaking



Female Anophele : Kau tau tak, sejak aku hidup ni, aku tak pernah jumpa orang yang macam aku. Takdak sapa boleh lawan kejelitaan aku yang semulajadi nih. 
                                                                                                                                       
Female Aedes     : Jelita amende nya. Aku tengok hang serupa ja ngan aku. Habaq mai siket kat cek.

Female Anophele : Don’t you ever realize that I’ve got a pair of spotted wing? HaHa..jangan nak jeles pulak ye.
                                 
Female Aedes     : Takdok kojo den nak jeles ngan hang. Aku pun ade jugaklah wei. Aku punya kaki ni haa..3 pairs of spotted legs. Setakat wing apelah sangat.

Female Culex     : Hek eleh korang ni, ingat cunn sangat ke ade mende spotted spotted ni? Aku lah yang cun sebenarnya. Wing mahupun legs semuanya non-spotted. Simplicity is the best la u’ols.

Moral of story : Be thankful with all what you’ve got. Semua nyamuk manusia sama di sisi Allah. Tak payahla nak egois sangat. Cun mahupun jelita itu subjektif. Waallahu’alam. Renung-renungkan dan selamat beramal. Peace yo!

tengoklah wing saya yg lawa tu -female anophele-


p/s : aku pon tak berapa nak paham kenape aku kena belajar benda benda parasit ni. dahlah name semua taknak kalah, nak unik je. btw, besok aku ade practical exam. doakan aku and membe membe. adios~                            

07 November 2011

Eidul Adha



Kullu sanah wa entum bikheir! Happy eidul adha to my homeland Malaysia and my second homeland Egypt (yang tak brape nak homeland sangat). Takdelah lewat sangat aku wish kan. Baru hari raya kedua. Entah kenape raye kali ni macam takdek semangat huhahuha nak rayee. Even pukul 7.15pagi dah tercacak kaki kat asrama MARA (padahal orang arab dah siap solat raye dah pon) untuk solat raya berjemaah bersama dengan bebudak melayu sambil dengar khutbah dari walid pastu ade jamuan raye kat kafe bawah tu. Antara menunya adalah nasi lemak teh o’, kek coklat, kek pisang, karipap lazat dan akok. Simpel simpel  jelah, katanya masakan orang bujang. Eh, macam aku pulak yang masak.

Aku rasa raye tahun lepas lagi best kot. Mungkin sebab aku raye kat cairo. Tumpang rumah akak senior pastu tolong dorang masak makanan lazat lagi berkhasiat pastu pegi jamuan makan kat rumah BAKAN dan jugak ARMA pastu tengok jalan jalan raya dipenuhi aliran darah yang pekat macam cat pastu…ish…banyak la pulak pastunyee. Kat sini ade je darah binatang korban tu tapi tak banyak, setakat pemerhatian aku arini la. Mungkin dorang banyak buat kat bahagian kampung kot. Tapi bagus jugak macam ni, kalo tak maunya tangga rumah aku ni dipenuhi darah. Tak sanggup gue.

Kali ni jugak aku beraya sambil berseminar sakan. Seminar Perubatan & Ibadah Pesakit kali ke-3 dengan bertemakan surgery anjuran PERUBATAN (Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir) selama 2 hari iaitu sehari before raye dan hari raye. Banyak pendedahan pasal hukum fiqh dalam medic. Disampaikan oleh ustaz-ustaz yang hebat dan duktur-duktur yang jugak hebat dari Malaysia. Overall, seminar ni okey je cuma aku yang tak berapa nak okey, asyik mengantuk je. Well, seminar lah katekan. Aku rase lah kan sebab lampu opera house tu malap siket. Nilah manusia, mesti nak salahkan benda lain hadoyai.

opera house fi shari' fuad
1st day seminar
solat sunat raye di sutuh. kelihatan sinaran nur di tengah tu :)
disimbahi mentari tapi sejuk wohh

p/s : rindu pulak kat rumet saya yang 3orang itu waktu kat asrama kuning itu :)
p/p/s : credit to aidi for those pics.