Bangun mandi pada pukul 3.30 pagi sangatlah meruntun jiwa. Perut sudah lapar tapi mana nak cari kedai makan pagi-pagi buta nih. Kedai serbaneka kat airport tu pon tak bukak lagi. Takpelah kita pegi check-in dulu lah kalau ini macam. Punyalah lama tunggu mak cik depan nak setel. Siap borak sakan lagi dengan akak kat kaunter tu. Dia ingat ni nasi lemak kopi o ke.
Aku memang dah agak dah beg aku overload. Lebih 15kg. Disebabkan ini flight domestic so max hanyalah 20kg. Tapi di klia itu hari dia kasik sampai 25kg. “Akak, 25kg tak boleh ke?”. “Mane boleh! Awak beli tiket murah. Bukan tiket mahal.” Nada suara tinggi sikit. Dengan mak cik tadi cakap bukan main lemah lembut lagi. Aik? Ade tiket mahal tiket murah ke? Dah aku beli online mestilah murah sikit. Orang lain beli online dapat je 25kg. Ni yang aku tak paham ni. Abah aku tanya nak pack balik ke nak bayar je. Sambil sengih aku cakap bayar jelah, malas nak pack balik. Aku beli tiket MAS jadi RM10/kg. Kalau Air Asia lagilah mahal, RM30/kg.
Akak tadi tu tanya aku, “Awak ni baru nak pergi ke balik bercuti?”. “Orang lain pon balik bercuti jugak tapi barang takdelah banyak sangat macam awak ni”. “Awak tau tak, setakat ni paling tinggi pon RM100. Awaklah yang paling tinggi sekali.” Alah kalau cik akak bagi saya 25kg RM100 aje saya kena bayar tahu.
Sampai di KLIA aku kena tunggu kawan aku dulu sebab visa aku dia yang buat so passport aku dengan dia. Umi aku kol aku tanya brape max kg nak check-in kat klia. Aku dengan confident 99% cakap international 40kg. Lepastu kawan aku cakap hati-hati check-in nanti 30kg je tau. HUH? I’m sooo dead! Tak payah tengok purse dah tau aku ade 50hengget je. Memang tak jadilah aku nak pegi melantak breakfast lepasni.
Aku terpaksa tabahkan hati beratur nak check-in. Yelah walau kau overload sekalipun kau memang takde jalan lain dah. Kitorang try buat group check-in tapi memang dasar semua orang beg 30kg above. Akak tu cakap aku lebih 6kg. Aku berwajah simpati so dia bagi aku 5kg. Aku cakap tak boleh kurang lagi ke kak? Lagi sekali berwajah simpati. Dia bagi 4kg. Aku cakap kat asma rumet aku nak pinjam duit sebab dia ade kat tepi aku waktu tu. Bukanlah duit asma tapi duit mak dialah. Serius aku memang tak tau nak mintak tolong sape dah weh.
RM79/kg for Gulf Air. Now you do the math. RM316. Mau semput aku dibuatnya. Nasib baik takde high blood pressure. Aku pandang mak asma kat sebelah. “Mak cik, saya memang takde duit nih.” “Takpe takpe.” “Kalau tumpang beg orang lain boleh tak?” “Mak cik nak try carilah ni.” Tapi semua orang memang bawak banyak barang, memang tak jumpalah nak cari. Mak asma pandang akak kat kaunter bayaran tu. Tanyalah kot-kot boleh kurang lagi ke. Akak tu suruh kitorang pegi jumpa sorang abang tu. Dia cakap abang tu baik sikit. Baik sikit kat sini maksudnya not so strict la. Abang tu suruh aku bayar half je. Syukur. Lepastu, abang tu suruh kitorang ikut dia. He said something kat akak kaunter check-in tu. Rupa-rupanya dia suruh akak tu kasi pelepasan kat kitorang. Syukur lagi.
“Apesal muka kau macam nak nangis je nih?”
“Aku lapar la weh. Memang masuk flight nanti aku nak terus makan.” Sebab kalut tadilah sampai aku lupa nak makan.
P/S : Next time aku tak nak bawak barang banyak lagi. Aku dah penat.
P/S/S : Terima kasih banyak mak cik (cakap kat mak asma)