CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label parent. Show all posts
Showing posts with label parent. Show all posts

28 April 2011

How A Mother Deliver Her Baby (Part 2)




Lepas tunggu jap, try lah naek atas. Kot-kot ade caeser ke. Sebab operation room for caeser kat floor atas skali. Ok,ade! Tapi mase tu dah nak abeh dah. Tak feel lah macam ni. Nak tengok dari awal. Then, turun balek. Mase tu, dah ade sorang mak cik tu macam nak tunggu mase je lagi. Dapatlah kitorang tengok how a MOTHER deliver her baby normally, bukan caeser, in a real life! Subhanallah! With all susah-payah-and-so-much-obstacles, no wonder lah why we have to really really appreciate our mom.(mase tu, aku memang teringat kat ummi aku dah)

But, ade gak situasi macam nih: 

‘Weh, tak tahan ah aku tengok, aku lebih rela suami aku kawen dua kalo macam ni.’(ayat sapa la neh. Identiti terpaksa lah dirahsiakan. Karang tak pasal-pasal aku kena hentam.)

Ade yang masuk je teros keluar dari operation room.

Ade yang loya nak muntah.

Ade yang nak mengalir air mata.

Ade yang rasa nak pitam.

Even aku sendiri pon tak tengok full. Kejap kejap keluar balek. Muka pon pucat semacam. Haishh. Macam mana lah ni. Takpe, baru first year, tak cukup berani dan berhati kental. Semua orang rasa macam tak kuat semangat. Tapi, ade je bersemangat tengok dari awal sampai akhir<---that’s not me lahh, for sure. Actually, that was a second child for the woman. And the baby was sooo cute. Sempat ambek piktura lagi ngan baby tuh. Nurse tu steady jek, tak marah pon. Mesti dia pikir, budak malaysia jakun. So, let them be laa. Mase pegi second time hari tu pon, ingatkan doc yang tengah cut off the umbilical cord marah kalo ambek gambar baby. Sekali, doc tu pulak yang kasik henpon dia suruh kitorang capture his picture with the baby. LOL. Maybe dia HO (since he looks so young) so overexcited sket.

Selepas tengok doc tu jahit balek, kitorang naek atas lagi skali, for the last time. Ade sorang doc bagitau ade sorang lagi lepas ni, tunggu sat naa. Mestilah doc tu tak cakap malay. Aku dah translate siap siap dah. Yang ni pon dapat tengok full. Aku siap dok dekat dekat lagi. Pastu, kawan aku cakap, jangan dok dekat dekat, nanti darah banyak terpancut keluar, karang kena kat baju kau, aku tak jamin eh. Eh, yeke? Berdirilah aku jauh jauh. Padahal darah tak terpancut pon. Tapi, selalunya kita tengok video orang bersalin time time program muhasabah diri, biasanya dia punya darah tu terpancut habis kot. Ibarat air paip mencurah dengan lajunya. No wonder la kawan aku warning macam tu. Doc tu pulak buat keje sangat laju. Sangat hebat. Mestilah dia dah pro kan. Jahit sana-sini-situ dengan jarum yang besau gedabak. Benang dia pulak lebih kurang macam tali tasi. Mase tengok yang ni, aku rasa cam ok sket. Dah takde rasa nak pitam meniarap kat situ. 

Ok, enough la kan. Ape conclusionnya adek-adek? (versi cite adik-adikku la pulak)

“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” [Surah Luqman:14]
"We have enjoined on man kindness to his parents; in pain did his mother bear him, and in pain did she give him birth." (46:15)

A man once asked the Prophet to whom he should show the most kindness. The Prophet replied: "Your mother, next your mother, next your mother, and then your father." (Sunan of Abu-Dawood) In other words, we must treat our mothers in a manner befitting their exalted position-and again, revere the wombs that bore us.

This video is dedicated to all of you to be dedicate to emak, mama, ibu, mak, mommy,  ummi masing-masing. Maybe korang dah tengok kan this video since matlutfi yang buat video neh (aku tau ramai minat mamat ni. He delivers a good message hape.) So, make use of it lah. And also to my UMMI (and ABAH too, of course) thanks for everything and terimalah....(ecehh)


27 April 2011

How A Mother Deliver Her Baby (Part 1)




Pabila aku study dan kepala berpusing-pusing sebab rasa macam idea nak hupdate belog mencurah-curah. Ok, itu petanda otak dah overloaded and i need to rehat japp. Ecehh. Bajet macam aku study bagai nak rak jek. Tapi, betol lah our brain hanya mampu pokus for 30min first je. Depends gak la. Ade orang 45min. Ade orang sejam. Kalo tidak, ape jadi? Kalo tidak, neuron kat dalam brain tu akan jemm. Kalo jemm pulak, ape jadi? Kalo jemm, ambek masa lah dia nak recover to normal state balek. Sebab tu kita kena ade gap sket. Gap tu tak perlulah lama-lama. 5min is enough.

Ade satu kisah sebenarnya yang buat aku rasa nak share kat sini. Kisah ni dah lama. Dah basi tapi still tak berkulat lagi.

Masa tu, semua orang dok excited nak tengok delivery kat spital. Ni delivery ape ni wei? Pizza delivery? Oh bukan bukan, ini kesah deliver baby lahh. Atau bahasa senangnya, orang nak bersalin. Senang jek caranye. Anda hanya perlu pakai lab coat. Then, tadaa! Welcome to the hospital! Anda bebas berlari kemana saja dalam spital tu asalkan pakai lab coat. Gampang kan? (sebenanya aku tak tau term ‘delivery’ tu betol ke idok)

Masa tu malam. Kami sembilan orang. Aku, Sal, Amal, Nani, Izzah, Mirah, Yana, Nafis, Shazwan dan Murshid. Location of event--->Mustashfa Shatby. Ni kali ketiga aku dan sal pegi spital. Yelah, ingat senang ke nak tengok orang bersalin. Bukannya ade orang nak bersalin 24jam. If so, kesian la kat para para gynecologist. First time pegi waktu petang pas abeh lecture. Then, dorang cakap orang arab jarang bersalin waktu petang. Malam baru ramai. Second time, waktu malam. Maybe naseb tak brape nak baek. Takdelah pulak orang nak bersalin mase tu. Hampa hampa.

Then, kali ketiga pegi barulah dapat tengok. Mungkin sebab nombor 3 selalu dikaitkan dengan afdhal. Kalo nak ambek wuduk pon kena ambek 3 kali, baru afdhal. Suka ati aku jek buat teori neh. But it does make sense. Kan kan?

Masa tu, kitorang dapat tengok satu normal dan dua caesarean (tak normal/ bedah). Maybe that’s our luck. Maybe sebab kitorang berusaha gigih setiap kali ade mase free jek nak pegi spital. Spital ibarat rumah kedua kitorang. Ok, itu tipu. Siyes, masok spital tu rasa semacam jek. Here, i would say a little bit scary. Spital kat sini tak macam spital kat malaysia. Tak maju sangat and a little bit tak terurus. Pastu, family tak leh masuk dalam wad O&G including the husband. Dok kat luar pintu je. Support dari luar jelah. Kalo kat malaysia, satu family kot berkampung kat spital.

Ade sorang doc tu tegur kitorang;

“Sanah kam?”(tahun berapa?)

“Sanah ula.”(tahun satu)

“First year? You don’t have to be in here. It’s too early for you.”

But, as u could say, we insisted to be there. Kalo tak, takde la pulak cite neh.

Disebabkan ketidakcukupansabar, kitorang akan kerap pegi kat kaunter staff untuk bertanya;

“Maugud wiladah nehardah?”(ade orang nak bersalin tak hari ni?)

“Mumkin ba’dain.”(maybe pasni)<--- trademark staff tu.

Kitorang macam bengang lah. Dari tadi ba’dain ba’dain. Bila ba’dain nya nak sampai neh. Tapi betol jugak kan. Camne staff tu nak tau bila orang tu nak bersalin. Bukannya dia tau exact time. LOL!