CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 April 2011

How A Mother Deliver Her Baby (Part 2)




Lepas tunggu jap, try lah naek atas. Kot-kot ade caeser ke. Sebab operation room for caeser kat floor atas skali. Ok,ade! Tapi mase tu dah nak abeh dah. Tak feel lah macam ni. Nak tengok dari awal. Then, turun balek. Mase tu, dah ade sorang mak cik tu macam nak tunggu mase je lagi. Dapatlah kitorang tengok how a MOTHER deliver her baby normally, bukan caeser, in a real life! Subhanallah! With all susah-payah-and-so-much-obstacles, no wonder lah why we have to really really appreciate our mom.(mase tu, aku memang teringat kat ummi aku dah)

But, ade gak situasi macam nih: 

‘Weh, tak tahan ah aku tengok, aku lebih rela suami aku kawen dua kalo macam ni.’(ayat sapa la neh. Identiti terpaksa lah dirahsiakan. Karang tak pasal-pasal aku kena hentam.)

Ade yang masuk je teros keluar dari operation room.

Ade yang loya nak muntah.

Ade yang nak mengalir air mata.

Ade yang rasa nak pitam.

Even aku sendiri pon tak tengok full. Kejap kejap keluar balek. Muka pon pucat semacam. Haishh. Macam mana lah ni. Takpe, baru first year, tak cukup berani dan berhati kental. Semua orang rasa macam tak kuat semangat. Tapi, ade je bersemangat tengok dari awal sampai akhir<---that’s not me lahh, for sure. Actually, that was a second child for the woman. And the baby was sooo cute. Sempat ambek piktura lagi ngan baby tuh. Nurse tu steady jek, tak marah pon. Mesti dia pikir, budak malaysia jakun. So, let them be laa. Mase pegi second time hari tu pon, ingatkan doc yang tengah cut off the umbilical cord marah kalo ambek gambar baby. Sekali, doc tu pulak yang kasik henpon dia suruh kitorang capture his picture with the baby. LOL. Maybe dia HO (since he looks so young) so overexcited sket.

Selepas tengok doc tu jahit balek, kitorang naek atas lagi skali, for the last time. Ade sorang doc bagitau ade sorang lagi lepas ni, tunggu sat naa. Mestilah doc tu tak cakap malay. Aku dah translate siap siap dah. Yang ni pon dapat tengok full. Aku siap dok dekat dekat lagi. Pastu, kawan aku cakap, jangan dok dekat dekat, nanti darah banyak terpancut keluar, karang kena kat baju kau, aku tak jamin eh. Eh, yeke? Berdirilah aku jauh jauh. Padahal darah tak terpancut pon. Tapi, selalunya kita tengok video orang bersalin time time program muhasabah diri, biasanya dia punya darah tu terpancut habis kot. Ibarat air paip mencurah dengan lajunya. No wonder la kawan aku warning macam tu. Doc tu pulak buat keje sangat laju. Sangat hebat. Mestilah dia dah pro kan. Jahit sana-sini-situ dengan jarum yang besau gedabak. Benang dia pulak lebih kurang macam tali tasi. Mase tengok yang ni, aku rasa cam ok sket. Dah takde rasa nak pitam meniarap kat situ. 

Ok, enough la kan. Ape conclusionnya adek-adek? (versi cite adik-adikku la pulak)

“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” [Surah Luqman:14]
"We have enjoined on man kindness to his parents; in pain did his mother bear him, and in pain did she give him birth." (46:15)

A man once asked the Prophet to whom he should show the most kindness. The Prophet replied: "Your mother, next your mother, next your mother, and then your father." (Sunan of Abu-Dawood) In other words, we must treat our mothers in a manner befitting their exalted position-and again, revere the wombs that bore us.

This video is dedicated to all of you to be dedicate to emak, mama, ibu, mak, mommy,  ummi masing-masing. Maybe korang dah tengok kan this video since matlutfi yang buat video neh (aku tau ramai minat mamat ni. He delivers a good message hape.) So, make use of it lah. And also to my UMMI (and ABAH too, of course) thanks for everything and terimalah....(ecehh)


27 April 2011

How A Mother Deliver Her Baby (Part 1)




Pabila aku study dan kepala berpusing-pusing sebab rasa macam idea nak hupdate belog mencurah-curah. Ok, itu petanda otak dah overloaded and i need to rehat japp. Ecehh. Bajet macam aku study bagai nak rak jek. Tapi, betol lah our brain hanya mampu pokus for 30min first je. Depends gak la. Ade orang 45min. Ade orang sejam. Kalo tidak, ape jadi? Kalo tidak, neuron kat dalam brain tu akan jemm. Kalo jemm pulak, ape jadi? Kalo jemm, ambek masa lah dia nak recover to normal state balek. Sebab tu kita kena ade gap sket. Gap tu tak perlulah lama-lama. 5min is enough.

Ade satu kisah sebenarnya yang buat aku rasa nak share kat sini. Kisah ni dah lama. Dah basi tapi still tak berkulat lagi.

Masa tu, semua orang dok excited nak tengok delivery kat spital. Ni delivery ape ni wei? Pizza delivery? Oh bukan bukan, ini kesah deliver baby lahh. Atau bahasa senangnya, orang nak bersalin. Senang jek caranye. Anda hanya perlu pakai lab coat. Then, tadaa! Welcome to the hospital! Anda bebas berlari kemana saja dalam spital tu asalkan pakai lab coat. Gampang kan? (sebenanya aku tak tau term ‘delivery’ tu betol ke idok)

Masa tu malam. Kami sembilan orang. Aku, Sal, Amal, Nani, Izzah, Mirah, Yana, Nafis, Shazwan dan Murshid. Location of event--->Mustashfa Shatby. Ni kali ketiga aku dan sal pegi spital. Yelah, ingat senang ke nak tengok orang bersalin. Bukannya ade orang nak bersalin 24jam. If so, kesian la kat para para gynecologist. First time pegi waktu petang pas abeh lecture. Then, dorang cakap orang arab jarang bersalin waktu petang. Malam baru ramai. Second time, waktu malam. Maybe naseb tak brape nak baek. Takdelah pulak orang nak bersalin mase tu. Hampa hampa.

Then, kali ketiga pegi barulah dapat tengok. Mungkin sebab nombor 3 selalu dikaitkan dengan afdhal. Kalo nak ambek wuduk pon kena ambek 3 kali, baru afdhal. Suka ati aku jek buat teori neh. But it does make sense. Kan kan?

Masa tu, kitorang dapat tengok satu normal dan dua caesarean (tak normal/ bedah). Maybe that’s our luck. Maybe sebab kitorang berusaha gigih setiap kali ade mase free jek nak pegi spital. Spital ibarat rumah kedua kitorang. Ok, itu tipu. Siyes, masok spital tu rasa semacam jek. Here, i would say a little bit scary. Spital kat sini tak macam spital kat malaysia. Tak maju sangat and a little bit tak terurus. Pastu, family tak leh masuk dalam wad O&G including the husband. Dok kat luar pintu je. Support dari luar jelah. Kalo kat malaysia, satu family kot berkampung kat spital.

Ade sorang doc tu tegur kitorang;

“Sanah kam?”(tahun berapa?)

“Sanah ula.”(tahun satu)

“First year? You don’t have to be in here. It’s too early for you.”

But, as u could say, we insisted to be there. Kalo tak, takde la pulak cite neh.

Disebabkan ketidakcukupansabar, kitorang akan kerap pegi kat kaunter staff untuk bertanya;

“Maugud wiladah nehardah?”(ade orang nak bersalin tak hari ni?)

“Mumkin ba’dain.”(maybe pasni)<--- trademark staff tu.

Kitorang macam bengang lah. Dari tadi ba’dain ba’dain. Bila ba’dain nya nak sampai neh. Tapi betol jugak kan. Camne staff tu nak tau bila orang tu nak bersalin. Bukannya dia tau exact time. LOL!

19 April 2011

I'll Never Quit




when things go wrong, as they sometimes will,
when the road you’re trudging seems all-uphill,
when the funds are low and the debts are high,
and you want to smile, but you have to sigh,
when care is pressing you down a bit-
rest if you must, but don’t you quit.

life is queer with its twists and turns,
as everyone of us sometimes learn,
and many a fellow turns about,
when he might have won had he stuck it out,
don’t give up though the pace seems slow-
you may succeed with another blow.

often the goal is nearer than,
it seems to a faint and faltering man;
often the struggler has give up,
when he might have captured the victor’s up;
and he learned too late when night came down,
how close he was to the golden crown.

success is failure turned inside-out,
the silver tint of the clouds of doubt,
and you never know how close you are,
it may be near when it seems afar,
so stick to the fight when you’re hardest hit,
it’s when things seem worst that you mustn’t quit. 



Source: Why Positive Thinker Have The Power By Ken Bossone (President-World Positive Thinker’s Club; over 500 members in the sports and business world)



Bak kata Thomas Edison pulak:
“Many of life’s failures are those people who didn’t realize how close they were to success when they gave up.”

“Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa bukanlah akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok” (Imam Hassan Al-Banna)

Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang menuntut ilmu, yang sepatutnya dia belajar kerana Allah, tetapi dia belajar kerana mengharapkan ganjaran dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga” (H.R. Tirmizi)




P/S: Actually, buku tu aku pinjam ngan kawan aku. Some sorts of motivation but still aku tak abeh pon baca. Reduced penetrance sure did occur:) But Ken used to refer to his Bible a lots. So, kena filter bebaik lah dulu.

06 April 2011

Dah Dapat Kernih. Yeah!



Satu sem sudah berlalu, akhirnya dapat la jugak merasa adenye kernih (which is student card). Aku ingatkan, u memang xnak kasi sampai akhir tahun satu neh. Orang laen mesti dah lame dapat kan? Yelah, asasi pon dah abeh. Aku dengar matrik pon dah nak final next week kan? Tinggal lah aku terkontang-kanting mengabehkan sisa-sisa sem 2 di sini.*macamla xde org laen kat sini*. Antara kegunaan kernih adalah (yang aku tau la)>>anda bleh memiliki library card dengan harga LE30 setahun. Oh tidak, ianya bukan library u kat floor5 tu. Library yang dimaksudkan adalah Bibliotheca Alexandrina. 

ignore the 'faculity' word haha

Oleh yang demikian, mereka aka skulmate aku dulu telah merancang utk mengadakan reunion day bulan 5 neh. Siap buat kat dewan ABAS lagi tuh. Bestnya dapat jumpa cikgu-cikgu sume. Kirim salam lah kat sume cikgu ye. Sesungguhnya, aku adalah murid yang responsible ye. Sape suruh korang buat time aku xbalek. Kalo x, bleh jumpe aku. Ececeh. Bajet sume orang nak jumpa aku keh.
ye..aku mula rindu skool aku :(

Tadi mase practical biochem, aku tertinggal lab coat. Ok, bukan tertinggal sebenanya. Sengaja malas nak bawak. Sengaja nak cari pasal. Siyes aku ingat xpe xpakai pon. Dorang cakap depend on prof. Then, kedengaran suara menyapa aku.

“Where is your lab coat?? At home?? Sleeping at home??” nah, hambik kau. Nak cari pasal konon.

“Next time u dont wear your lab coat, no attendance will be taken!” sila bayangkan muka prof yang garang. 

Aku dah gabra dah. Cepat-cepat je aku buat blood hemolysis. Then, terus blah. Lagi 15minit nak pukul doblas, aku dah selamat sampai kat asrama. Padahal, practical abeh kol doblas. Sikap ini amatlah tidak digalakkan untuk dicontohi esp budak-budak section aku ye. Malangnya, sikap ini turut dicontohi oleh penolong SR kitorang.(OPSS)

kukira itu human blood. oh tidak, ianya animal blood je. cuba teka test tube manekah belaku hemolysis? same je aku nengok.

Entri hari ini diakhiri dengan kata-kata Dr. Nagwa Mashali;
“Things are to be used and peoples are to be loved. But nowadays, peoples are used and things are loved.”

Aku suka Dr. Nagwa sebab beliau selalu start lecture dengan kata-kata yang menarik plus beliau tersangatla semangat mengajar. Siap dengan gaya-gaya lagi. Pasni, aku nak bersemangat macam Dr. Nagwa lah.