CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 April 2011

How A Mother Deliver Her Baby (Part 2)




Lepas tunggu jap, try lah naek atas. Kot-kot ade caeser ke. Sebab operation room for caeser kat floor atas skali. Ok,ade! Tapi mase tu dah nak abeh dah. Tak feel lah macam ni. Nak tengok dari awal. Then, turun balek. Mase tu, dah ade sorang mak cik tu macam nak tunggu mase je lagi. Dapatlah kitorang tengok how a MOTHER deliver her baby normally, bukan caeser, in a real life! Subhanallah! With all susah-payah-and-so-much-obstacles, no wonder lah why we have to really really appreciate our mom.(mase tu, aku memang teringat kat ummi aku dah)

But, ade gak situasi macam nih: 

‘Weh, tak tahan ah aku tengok, aku lebih rela suami aku kawen dua kalo macam ni.’(ayat sapa la neh. Identiti terpaksa lah dirahsiakan. Karang tak pasal-pasal aku kena hentam.)

Ade yang masuk je teros keluar dari operation room.

Ade yang loya nak muntah.

Ade yang nak mengalir air mata.

Ade yang rasa nak pitam.

Even aku sendiri pon tak tengok full. Kejap kejap keluar balek. Muka pon pucat semacam. Haishh. Macam mana lah ni. Takpe, baru first year, tak cukup berani dan berhati kental. Semua orang rasa macam tak kuat semangat. Tapi, ade je bersemangat tengok dari awal sampai akhir<---that’s not me lahh, for sure. Actually, that was a second child for the woman. And the baby was sooo cute. Sempat ambek piktura lagi ngan baby tuh. Nurse tu steady jek, tak marah pon. Mesti dia pikir, budak malaysia jakun. So, let them be laa. Mase pegi second time hari tu pon, ingatkan doc yang tengah cut off the umbilical cord marah kalo ambek gambar baby. Sekali, doc tu pulak yang kasik henpon dia suruh kitorang capture his picture with the baby. LOL. Maybe dia HO (since he looks so young) so overexcited sket.

Selepas tengok doc tu jahit balek, kitorang naek atas lagi skali, for the last time. Ade sorang doc bagitau ade sorang lagi lepas ni, tunggu sat naa. Mestilah doc tu tak cakap malay. Aku dah translate siap siap dah. Yang ni pon dapat tengok full. Aku siap dok dekat dekat lagi. Pastu, kawan aku cakap, jangan dok dekat dekat, nanti darah banyak terpancut keluar, karang kena kat baju kau, aku tak jamin eh. Eh, yeke? Berdirilah aku jauh jauh. Padahal darah tak terpancut pon. Tapi, selalunya kita tengok video orang bersalin time time program muhasabah diri, biasanya dia punya darah tu terpancut habis kot. Ibarat air paip mencurah dengan lajunya. No wonder la kawan aku warning macam tu. Doc tu pulak buat keje sangat laju. Sangat hebat. Mestilah dia dah pro kan. Jahit sana-sini-situ dengan jarum yang besau gedabak. Benang dia pulak lebih kurang macam tali tasi. Mase tengok yang ni, aku rasa cam ok sket. Dah takde rasa nak pitam meniarap kat situ. 

Ok, enough la kan. Ape conclusionnya adek-adek? (versi cite adik-adikku la pulak)

“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” [Surah Luqman:14]
"We have enjoined on man kindness to his parents; in pain did his mother bear him, and in pain did she give him birth." (46:15)

A man once asked the Prophet to whom he should show the most kindness. The Prophet replied: "Your mother, next your mother, next your mother, and then your father." (Sunan of Abu-Dawood) In other words, we must treat our mothers in a manner befitting their exalted position-and again, revere the wombs that bore us.

This video is dedicated to all of you to be dedicate to emak, mama, ibu, mak, mommy,  ummi masing-masing. Maybe korang dah tengok kan this video since matlutfi yang buat video neh (aku tau ramai minat mamat ni. He delivers a good message hape.) So, make use of it lah. And also to my UMMI (and ABAH too, of course) thanks for everything and terimalah....(ecehh)


2 tips menanam:

Anonymous said...

lol.aku wonder bile ari ibu sebonarnye~haha

NanaSarkhan said...

kalo xsilap, sunday of 2nd week of may