CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 July 2011

Kebahangan Makin Menular


Hari ni exam human right. Yang aku bilang tak menarik itu hari. Sebenarnya, takdelah tak menarik sangat. Menarik je (boleh lah~) bagi yang minat law tapi terpaksa ambik medic sebab mak pak suruh. Tak lupa juga bagi yang minat sejarah (oh aku minat tapi lepas aku dah hapal lah. before hapal aku tak suka lah) Overall ade 30 articles. Right to education, right to rest and leisure, right to work, right to……blablah. Convention, charter, covenant, declaration, treaties and banyak lagilah. Semput kalau nak suruh aku tulis sini. Bukan korang semput. Aku yang semput. Ok, sila tarik nafas pelan-pelan sekarang. Tarik and then hembus…haa…macam tulah. Anak sapa la ni.

Dan hari ni cuaca agak la membahang. Matahari tidak lagi malu menunjukkan diri beliau secara terang-terangan. Ibarat lapisan ozon tidak wujud sama sekali. Mungkinkah hak beliau telah dinafikan (?) Amat berbeza ye adik-adik di waktu winter. Walaupun kita turut menyaksikan matahari tetap muncul (memanglah waktu siang ade matahari. LOL) tapi angin dingin dapat menenangkan hatiku yang gundah-gula-gula-na. Mungkin hampir setiap orang akan setuju kalau aku pegi interview dorang. Mungkin. (oh apakah yang aku sedang merapu ni)

matahari selalu dikaitkan dengan nur.

Seawal 9.30 pagi, kami telah berarak ibarat nak pegi kenduri kawen sanak sedara kecuali destinasi yang berbeda sama sekali. Langkah diteruskan dengan semangat yang berkobar-kobar, berhasrat ingin menumpahkan lalu memuntahkan segala isi human right yang dibaca pulun dan dipulun baca. Seusai kaki memijak lantai lecture hall yang dijadikan exam hall, kebahangan mula menular dalam diri setiap orang sebaik saja masing-masing sudah ketemu seat. Nak tahu kenapa? Tak kisahlah korang nak tahu ke tak aku tetap mau celita. Exam hall itu hanyalah disupply oleh kipas angin dinding dan stand. Bajet-bajet cukuplah untuk hilangkan peluh.

Aku hampir menjerit girang sebaik saja terpandang wajah cik kipas dinding dekat dengan seat aku. “Apehal kipas ni static je nih?”. Itulah hakikat yang aku perit nak terima ye. Boleh pulak dia takmau gerak malah menghalakan wajah beliau kepada pak cik hakim yang duduk seat belakang sikit dari aku. Fine la cik kipas. Mentang-mentanglah pak cik hakim sorang je jejaka Malaya kat area nih, kau nak mengahadap dia je eh. Agak-agak ah. (yang kau nak emo ni apehal. tidakkah kau sedar cik puan kipas hanyalah ghairu a’kil?)

Dahla jawab soalan sejam je. Patutnya sejam setengah. Lepastu boleh pulak mengorak langkah pegi Pumpkin seolah-olah kedai itu letaknya di depan rumah. Dan langkah yang bijak adalah menyambung kembali pengorakan langkah seusai solat zuhur dan perut tersayang diisi dengan makanan KSP yang berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Kali ini, pengorakan langkah diteruskan untuk ke Mansyiah. Hajat di hati mau beli kain cotton Egypt mau dikasi sama itu orang Malaysia. Yang tak balik tu, tak payah susah-susah mau pikir nak beli hape. Melihat ramai rakan sejawat turut membeli benda alah tu untuk dibawa balik Malaysia, aku terasa seperti diseru untuk membelinya. Inilah contoh pengaruh rakan sebaya. HAHA. Tau-taulah Mansyiah tu macam mana rupa bentuknya. Sebuah pekan yang penuh sesak, dipadati Misriyyin tanpa mengira tahap umur. Laungan para ammu jual segala jadah diselang-selikan dengan pergaduhan pak arab (scene that usually happen here) dan jugak tramco dan teksi yang berduyun-duyun mengambil kesempatan keemasan untuk memicit hon sekuat hati tak hengat dunia.

Aku balik asrama seawal 4 petang kerana menyedari I have kelas arab dengan Ustazah Shaima lah (4p.m. till 7p.m.). Itupun setelah diperingati oleh Aten. Oleh kerana baju yang basah lencun gara-gara peluh, aku agak bermalas-malasan. Capek turut menyumbang serba sedikit kepada statistic tahap kemalasan aku. Mungkin sudah sampai ke tahap peak (?). Sesungguhnya aku ade nawaitu nak pegi kelas arab. Cuma dah lewat sejam. Aku takut ustazah tak kasik masuk kelas dia. Maunya aku tercongok kat depan Misrturk tu. Ma’alish ya ustazah. Hakikatnya, aku tau ustazah baik awi tapi tapi tapi...aku rasa kalau aku masuk kelas lewat sejam...tindakan tu sangatlah tidak bermoral segaligus tidak layak langsung menjadi ikutan ramai.


Kawan aku cakap : Haih, baru je masuk kelas, takkan dah ponteng kot.


*sigh*

3 tips menanam:

Ahkak OuhP said...

shopping x hengat! haha

N. Atiqah A. Sahmah said...

kain cotton egypt? yang mane yang mane?!!!! ikhlas dari penshopping tegar~

-ImanAzlan- said...

lu tak cukup taff la.

meh sini stay mesir dengan gua.
gua boleh tunjuk kat lu apa itu erti taff.

watever it is. kalau lu datang mesir balik, gua menyeru lu belikan ole ole buat gua. please. gua merayu ni.