CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 December 2011

Kronologi Sebuah Bahasa Arab


Itu hari aku ade exam arab untuk mid mustawa (level). Ala-ala exam arab tinggi waktu spm dulu-dulu tu. Ape? Kau dah lupe? Dapat A+ takkan dah lupa kot. Lainla aku nih, dapat A pun dah kira cukup cukup bersyukur dah. Waktu sekolah dulu, aku selalu pikir kenapa la aku kena belajar bahasa arab ni. Tak cukup dengan arab komunikasi time pmr, continue pulak dengan arab tinggi masa spm. Aku sebenarnya tak pernah terpikir pun nak belajar bahasa arab. Nak nak pulak dengar orang cakap yang bahasa arab ni one of the toughest language in the world. Tapi dah namanye sekolah agama, wajibulghunnah la kena ambik bahasa arab. Aku ingat lagi waktu pmr, dengan semangat waja penuh keazaman aku cakap kat diri aku sendiri aku taknak ambik dah bahasa arab. Cukuplah setakat arab komunikasi tu je. Takde arab tinggi pun aku boleh hidup, since ianya bukan one of source of oxygen.

food served after program best kat Misrturk haritu.

Tapi semangat tu sudah terkubur bila aku terpaksa jugak ambik arab tinggi sebab aku tak mau pindah sekolah lain. Aku punya sayang kat sekolah jangan cite ah, sampai to the extent kalau orang intebiu tanya sape student sekolah ni yang paling sayang kat sekolah ni, ye orangnya tak lain dan tak bukan hanyalah aku. Ok ini memang HIPERBOLA gila. Dari segi struktur soalan pun terdapat unsur bida’ah.

Lagi-lagi bila cikgu dok bizi brainwash cakap budak cemerlang, gemilang, terbilang pmr tak payah ngada-ngada nak pindah sekolah lain. Bila dah berjaya kat sekolah ni, mulalah nak pindah keluar pergi harumkan nama sekolah lain. Padahal semua tu hasil usaha penat lelah cikgu sekolah lama. Ape salahnya, stay je kat sekolah lama. No harm pun kan. Ye aku tau maybe ade orang tu dia nak move to a better school macam KISAS, SBPI, SASER and so on. No offence. After spm, lagi sekali aku bikin azam, tak nak ambik course yang melibatkan bahasa arab. Kalau boleh, taknak langsung tengok muka, kaki, badan bahasa arab. Kalau nampak dia nak lari lintang-pukang sampai dia semput nak kejar lepastu aku bergelak ketawa sebab akhirnya mission impossible berjaya dicapai oleh not-so-kim-possible. Ok setop merepek cik kiah.

Kau tak tau betapa azabnya aku belajar arab tinggi, masa form4 clueless toksah cakap la. Kalau buat essay, memang nahu tunggang terbalik. Waktu form5 better, lagi-lagi ustazah katty (nickname ustazah khatijah) yang comel lote itu yang ajar bahasa arab. Dia ajar memang tahap tip top best weh. Aku yang clueless boleh bertukar wajah terus jadi clueful (new word haha) tapi tak pernah merasa dapat A pun. Seingat aku dapat B pun cuma sekali seusia hidup. The rest is history. Takyah cakap pun orang dah dapat agak dah. Bak kata orang, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Tetiba terasa diri saling tak tumpah macam karam singh walia.

But what happen to me now is the other way around. I’m stucked in a place called Alexandria. Specifically, in Egypt, as if you don’t bother to know as I’m already expected that. Dah trang tang tang lagi nama mesir, communication language ofkos la bahasa arab mak cik. And the-so-called-my-azam-get-rid-of-bahasa-arab sudah berlalu pergi meninggalkan aku terkapai-kapai sorang diri di lautan yang tak bertepi ini. Sadis sungguh hidup aku. Ye begitulah sedikit sebanyak sejarah asal-usul serta kepentingan bahasa arab dalam hidup aku sebagai sorang human being di atas muka bumi Allah ni.

So, berbalik kepada topic asal nun di atas itu, kelas arini dimulakan dengan intro ustazah yang tak berapa nak ceria gumbira ‘ana hazinah jiddan’(saya sedih sangat). Aku punya result exam alhamdulillah ok. Tak pernah pernah i’rab dapat fullmarks, membuatkan aku terasa dunia ini sungguh ajaib. But not semumtaz yang ustazah harapkan which is 50/50. Sounds not normal kan. Dah kau tak selalu dapat fullmarks memang la sounds not normal. Cuba kau selalu dapat fullmarks mesti jadik sounds cliché kan kan.


p/s : Aku tak tau i’rab tu ape dalam bahasa ibunda. Sila rujuk kepada yang pakar.

12 tips menanam:

-ImanAzlan- said...

gua belajar arab time darjah satu sampai enam je.

lepas tu gua masuk SMK,
tak ada bahasa arab.

walau gua teringin nak belajar bahasa tu.

maklumlah, gua belaja tak pandai, tak dapat SAMTTAJ. dapat MRSM ngan Victoria je.

jadi gua terus hidup kat sekolah lama.

datang mesir, gua recall balik benda benda yg gua belaja sejak dajah 1 dulu.

alhamdulillah sekarang gua boleh mengeluarkan ayat yang menusuk kalbu jiwa dan raga pak pak arab yang mencari pasal dengan gua.

tak lupa gua mengeluarkan hujah hujah dalam bahasa arab mengajak pakcik pakcik pergi ke masjid.

apa guna masjid belambak tapi solat sorang?

oh, cakap pasal SASER.

mungkin lu lupa SASER tu sekolah lelaki.

dan gua hampir hampir di cabul semasa kat sekolah tu.

nasib badan la.

bak kata cikgu "awak jambu sangat ni"

fine la cikgu.

khaulah al-haura' said...

1. keluar dari SMKA after pmr. oh nuna, cita cita kita sama rupanya T_T .

2. arab tinggi aini waktu exams agak cemerlang. mmg boleh kata subjek target A lah utk SPM.Lepas je keluar dewan after jawab arab pun memang senyum tak sudah lah. result spm, arab tinggi B+ . ya, kau tak mampu lawan takdir. dan sila jangan over confident sangat, mcm aini. mata pandang ke luar tingkap.

3. tak terfikir nak jejak mesir. sanggup stay dekat UTP amik engine. tapi cakap ibu ayah kena ikut. redha. terbang. walau awalnya tak redha, lama lama immune. selamat tinggal avionic engine. selamat tinggal pesawat Eagle 150B . kisah lama :)

4. i'rab. dia macam tafsir. kan? i'rab tu yang fathah dhommah segala benda tu kan? peh, serius trauma dengan benda ni.

5. terimalah hakikat. ini la jalan juang kita pilih. :)

NanaSarkhan said...

iman : aku tak lupa SASER tu sekolah lelaki la. FYI, sekolah aku campur laki dan pompuan. so ayat aku disitu berstruktur general.

aini : banyak sangat pointnya sampai takde idea nak reply hape. hehe.

nabilah_yunus said...

blogwalking sini pulak. baru lepas blog wani. hehe.

BAHASA ARAB ni subjek yang aku minat sangat dari darjah satu.

Contra sangat dgn kau. Haha. Masa isi borang UPU aku isi course medic dan lagi satu bahasa arab.

Mabruk 'alaiki. btw, Ustazah Syaima' pesan kita kena praktis cakap arab fushah. bukan 'ammi:)

N. Atiqah A. Sahmah said...

Ina, congrats dapat mumtaz!
Aku pun pindah jugak dulu gi SBP. Agak makan dalam la ayat cikgu mu tu Ina. Huhu.
Tapi jasa cikgu kite kenang sama rata. :)

khaulah al-haura' said...

Gini aaa saing
Org lain balas panjang
Kat kita xtau nak balas ape
:(

nabilah_yunus said...

rase macam dah komen. pastu tekan publish. pastu, tekan X.
tup tup. hilang. lesap.
komen takde pun.sedih T.T

aku nak cakap yang aku suka sangat bahasa Arab. sejak darjah 1. lagi lagi bila dapat fullmarks.

dan, aku teringin nak amik arab ni even dah sekolah menengah.
seriously.

hehe...kita ni contra ke ina?
btw, mabruk 'alaik ya ex-rumet :)

Ustazah Syaima' pesan kita praktis cakap arab fushah. 'ammiah mamnu'ah!

NanaSarkhan said...

nabilah : aku tau. sekilas aku tengok udah tau kau ni mmg peminat tegar bahasa arab. ye aku ade 6th sense.

teruskan semangat anda utk meng-komen pada masa akan datang. pada waktu yg sama di lain hari. heh.

tiqah : thanks. oh nilah contoh budak yg pindah sekolah tu. harhar.

aini anon :teettttt.teeetttt.

*maseh xtau nak bls hape. sila cuba lg pd lain hari :DD

Anonymous said...

ina! kite contra! sbb sy minaaaat sgt bahasa arab. hua3.

tp agak malas utk buat kerja sekolah.hehe. :P

hmm...i'rab tu maknanya nk membariskan perkataan/kalimah arab tu...(lebih kurg gitu la maknanya )

mEkLee said...

salam ina:D
wah,tahniah ina..
mknanya tu ad bakat terpendam lah tu..
cam kte,suma bhs xminat nak belajar..fine,suka bhs..tp xsuka belajar..lala~

lg mnarik,klu fhm bhs tu mlalui perbualan je..tp mkn mse lah kan..

ni ade suggestion,nnty ina dah hebat bhs arab nnty further amek kelas bhs arab quran pulak..lg2 bestt kott..kte pn tgh carik kelas cmtu..huhu

budaksukabahasaarab said...

meklee...kelas bahasa arab quran?
wow...menarik2...
kelas bahasa arab quran tu cane? die ajar cane?
care nk tafsir al-quran ke?:D
any info bgtau la ye.

mEkLee said...

owh..klu kat cni xjumpe lg..
ari tu ade tnye akak2 senior..
tp xtau lg cne..

tp klu kat mlysia,yg kite pernah join mmg sgt best..
belajar bhs arab cm bese..
cume word by word yg dlm Quran tu..
so,its very meaningful..
lg2 utk org yg cam kite sgt xsuka blajar bnde2 yg xjelas ape kepentingan sesuatu yg kte belajar tu..
tp klu bhs arab Quran ni jelaslah..
bhs Arab pun dpt,fhm Quran pulak tuh..kan best.. 2 in 1..

doa2 lah,kelas cmtu jgak kte jumpa bia ade kat sini..:)